Monday, 26 August 2013

Nemo & Frens : Day 3 In Kuching

Date: 26 August 2013
Venue: Kuching, Sarawak
Friend: Fieda, Fizza & Fiedz Elyn

Hari ketiga dan terakhir di bumi Kuching. Time to check out dari Singgahsana Lodge. Gonna miss the environment. Family room for 4, with the price of RM138 per nite, including breakfast, makanya setiap pagi kitorang akan melepak kat bahagian paling atas untuk bersarapan. 





Segala contengan di sini bukan kitorg berempat yang buat, tetapi adalah hasil kerja tangan orang-orang yang pernah stay dekat Singgahsana Lodge. Mostly adalah daripada kalangan pelancong luar. (Carik dalam beg takda marker pen la pulak. Aiyaa. Kalau tak boleh gak buat contengan ala-ala taknak datang ke Kuching daa pasni. Konon!! )




Simple je sarapannya. Roti 2 keping plus air kopi or tea, also fruit. Da kenyang, posing dulu serba sedikit sebelum check out barang untuk dipindahkan ke rumah Mumi. 







Since arini Isnin, makanya ramai orang bekerja. Kitorg je kot tourist kat Kuching neh? Hehehe. Perahsantan! Dengan bajet ala-ala muka kelaparan, kitorg pon cakap tak breakfast lagi. Padahal bila skrol kat atas, tudiaaa, dua keping roti hangus daa ditelan sekor-sekor. Takpe, makan siap-siap untuk lunch maybe? Hehehe. Pagi nie kitorg lepak kat Mum's Laksa. Jangan ditanya kat mana, tak tau. Leh google untuk maklumat lanjut. 








Here we are. Anta beg dan segala macam jenis harta benda di rumah Mumi. Lepak sementara tunggu anak bujang nya mandi dan bersiap. Mumi daa nak kena pergi keja. Diingatkan lagi sekali hari ini adalah hari Isnin. Satu kelemahan Singgahsana Lodge adalah tidak disediakan fridge di dalam bilik. Makanya kitorg hanya berkesempatan untuk membeli bahan-bahan basah especially kek lapis dan ikan terubuk. Pencarian hari ini hanya lah untuk senarai yang disebut di atas beserta tempahan-tempahan yang tak tercapai akal ku. 



Kek lapis - Done
Pucuk Midin - Done
Ikan Terubuk - Done
Terung Asam - Done

So, lets packing! Tq to Beb sebab amek ganti Mumi untuk bawak kitorg jalan-jalan mencari segala jenis bahan tersebut. Hati gembira!


Terlelap tido. Makanya almost terlepas sunset lagi. Kali nie di Semerah Padi. Sungguh cantek panorama sebegini. Gambar nie sempat snap masa on da way nak ke epot. Bye Bye Kuching.


Tudia. Untuk 4 orang, total KG luggage = 50Kg. Korang leh bawak balik aku sorang pakai luggage je weh! Tak payah beli seat. Kekeke. Besar sungguh beg-beg mereka.


Nampak tak permainan di situ? Muka sedih sebab nak tinggalkan Kuching? Tapi rasanya sebab lain. Whatsoever! Tacing. Bila da bye-bye semua bagai, peluk cium gitu, tup-tup announcement Flight ke Kuala Lumpur delay. Hah!! Delay. So terpaksa la tunggu dan buat muka seposen cam gambar di bawah. 



Yay!! Belon daa sampai!! Back to KL. And working for tomorrow. Eh, working kah? Harus!! Bye Bye birdie. 


THE END. 

Insya allah there will be another trip for us. Insya allah. 

Sunday, 25 August 2013

Nemo & Frens: Day 2 In Kuching

Date: 25 August 2013
Venue: Kuching, Sarawak
Friend: Fieda, Fizza & Fiedz Elyn

Hari kedua dimulakan agak lewat. Maybe sebab semalam kitorg kepenatan. Penat karaoke sampai ke pagi. Apa-apa pon journey harus diteruskan!! Tapi malangnya, Fieda tak dapat join. Sebab daa start Morning Sickness. Nak buat macam mana, ibu ngandung. Kesian dekat dia je laa. Memula aku plan nak g Muzium Sarawak. Da berkali-kali datang Kuching, tapi tak sempat langsung jejak kaki ke Muzium Sarawak. Aku nie kann berjiwa seni. Tapi ditolak mentah-mentah oleh mereka yang suka bershopping ini! Makanya Fieda ditinggalkan di dalam bilik dan kami membawa diri (berjalan kaki) di area Waterfront dan sekitarnya. Nak beli ole-ole untuk family and frens. Punya laa bersemangat Elyn nak tangkap gambar kat area Tugu Kucing besar tuh. Kitorg pon pegi jalan sana tapi apa-apa pon isi perut dulu maa. Kitorg nampak McD dan KFC jaa dat time. Nak carik mi kolok tapi tak tau kat mana. Mana Mumi? Hehehe. Tido lagi kot? Peace. 

Tokong Chua Pek Tong (kot namanya)

Demi memuhi permintaan aku, dipaksa jugak berposing di depan landmark Muzium Sejarah Cina, walhal tak masuk pon dalam tuh. Thanks frens. hahahhahaaha. Demi menjaga hati sebab kena rejek nak g Muzium!! Uwaaaaaaaaaa....!!





Apa-apa pon jom teruskan perjalanan g makan dulu, perut daa krukk krukk daa. Pekena KFC laa gamaknya arinie. Kesian kat Fieda lagi, maka nya kitorg tapaukan Bubur Ayam McD. Balik anta kat dia dulu. Bekalan dengan Milo berkotak-kotak borong kat 7-11 tadik. 

SHOPPING TIME!! Haaaa.. pilih pilih. Kedai nie bebetul dekat dengan Singgahsana Lodge. Kalau tak salah, bersebelahan dengan kedai photostat nama Bormas. Kitorg borong sini je. Murah dan berbaloi bila beli banyak-banyak. Cuba laa carik kalau daa sampai Kuching. Design pon latest-latest. Berbaloi. Senang kan. Bila beli banyak-banyak, kitorg pon dapat terus balik anta ke hotel sebelum sambung perjalanan shopping!! 


Elok je tengah sedap-sedap shopping, Mumi dan Kaktie pon sampai. Pick up kitorg bawak g jejalan dan makan! Hahahaha. Makan lagi. One of the reason why i love Kuching is "The Food"! Pekena mi kolok lagi dan lagi dan sempat tapau Bubur Pedas. Best! Bekalan tuk malam nanti. Tapi sempat lagi tunaikan permintaan Elyn untuk tangkap gambar kat statue kucing nie. Walhal tadi kucing besar dekat Waterfront pon da penat bergambar tengah mentari panas. Peluang digunakan sepenuhnya! 

p/s: Aku pon first time jugak tangkap gambar kat sini. Tak pernah lak perasan kucing nie elok je dok babai-babai selama nie. Well, my first time also. K, Fine~


Bila daa dapat makan, apa lagi, memasing muka kenyang. Tengok tuh. Senyuman lebar! Cuma tak cukup korum bila Fieda takleh join. Apa-apa pon tapau dulu untuk dia.





Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati. Sementara hari masih cerah, aku pon luahkan isi hati untuk pergi ke Muzium Sarawak. Dannnnn................. Akhirnya, dapat jugak menjejakkan kaki ke Muzium Sarawak. Tapi memandangkan hari da hujan, kitorg just dapat lepak-lepak kat luar. Gembiranya hati nie dapat sampai sini. Tapi takleh masuk dalam, sebab daa tutup. Lepak-lepak luar pon okay laa sebab suka sangat dengan struktur dan rekaan seni bangunan kat muzium tuh. Snap-snap-snap gambar, jalan-jalan hirup udara segar. 























Teruskan perjalanan. Ke mana? Mumi dan Kaktie drop kitorang kat hotel. Masing-masing balik dulu, relax-relax, then keluar balik. Hajat di hati nak tengok sunset. Skali kuar dari hotel je, sunset pon daa nak berlalu. Terlupa pulak yang kat Sabah/Sarawak siangnya pendek dari semenanjung. Pukul 6 pon daa gelap. Makanya, jalan-jalan je laa kat area Waterfront. Tengok orang lalu lalang. 






























To be continue untuk hari ketiga dan terakhir di Kuching....