Saturday, 24 August 2013

Nemo & Frens: Day 1 In Kuching

Date: 24 August 2013
Venue: Kuching, Sarawak
Friend: Fieda, Fizza & Fiedz Elyn


Akhirnya!! Plan nak Cuti-Cuti Malaysia berjaya jugak. Setelah lama menanti. Mentang2 laa beli tiket murah time tuh. February 2013 beli tiket untuk journey August 2013. Hebat kan? Semuanya gara-gara tiket murah tawaran daripada Airasia. Maceh Airasia! Sorang dalam RM108 return. Ok la tuh daripada takde. Lagi pulak kitorg plan nak g jalan-jalan sebelum Fieda kawen. Tapi nak buat macam mana bila Fieda ditakdirkan kawen June 2013. Fuhhh. Time nie pergi mencabar jugak sebab dia daa preggy. Hohoho congrats Fieda n Leman!! 

Flite kitorg malam tuh pkol 9++ pm. Nasib baik laa hubby si Fieda sanggup anta. Nak tak nak memang dia kena anta bini dia jugak kan? Muahahahhaa (gelak jahat!!). Nak dijadikan cerita, kitorg sampai LCCT awal. Boleh pulak g lepak McD then baru masuk Boarding Area. Boleh pulak singgah dalam tuh beli roti n air mineral (RM5.90 >__<). Rupanya bila sampai Gate, kitorg berempat adalah makhluk terakhir yang akan boarding!!! Haishhh apa lagi, berlari laa kitorg ke kapal terbang. Muahahaa. Nasib tak terlepas. Semua penumpang dalam tuh punya laa pandang kitorg sinis gila! Oppps~ Sorry. 

Sampai je sana, kitorg di ambil oleh my beloved makhekan. Hehehe. Mak angkat kesayangan saya. Mumi. Dan Kaktie. Diorg datang dua kereta, since dalam 1 flite tadi ada Bonnie (Anak kedua Mumi.. ada training kat KL) sekali. So muatkan kitorg berempat dalam keta, vroom vroom menuju ke Singgahsana Lodge. Kitorg stay betul-betul depan waterfront. Berhadapan Hotel Harbour View. Kenapa kitorg taknak stay kat Harbour View? Hehehe terbaca review sal LIPAS! I am fobia with cockroaches!! Sorry. So kitorg stay dekat motel yang berunsurkan backpackers. Kat situ mostly mat salleh n minah salleh stay sana. Even rule kat lodge tuh pon, orang Kuching takleh stay sini. Dengan bantuan Mumi, family room nie daa ditempah dengan harga RM138 untuk 1 malam. So since kitorg stay Kuching selama 3 malam, sorang hanya perlu bayar RM103.50 sahaja. Berbaloi kan? Cuba tengok gambar kat atas tuh, memang bilik yang diberi exotic gila lah! Lampu tuh memang kitorg jadikan bahan tuk snap gambar je malam tuh. Super jakun baq hang!! Bilik tuh ada 1 katil double decker plus 1 queen bed. Muatkan tuk 4 orang. 

So, apa lagi, TIDO!!

Keesokannya.......

Haaa. Jangan terkejut kenapa ktorang tetiba ada agenda makan-makan. Actually dengan bantuan Mumi, kitorang leh attend Wedding Daus AF. TQ Mumi. Nemo suka attend wedding sana. Unik tau. Nie second time attend wedding kat Kuching. Tapi mungkin pertama kali bagi Fieda, Fizza dan Elyn. Paling best acara Nasi Temuan (kot namanya :p ) Pengantin perempuan dan lelaki bertanding suap dalam mulut pasangan. Hahaha mari tengok sapa menang. 











TAHNIAH DAUS DAN WIFE. 

Pastu, balik hotel, tukar baju then petangnya Mumi dan Kaktie bawak jalan-jalan pegi The Hills, Kuching. Makan Mi Kolok!! My Faveret!! Woot Wooottt!! Fieda tak biasa lagi dengan makanan kat sini, ada ke patut dia request nak tomyam kat sini? Kekekeke. 



Da kenyang, apa lagi, dihantar balik ke hotel. Takda plan sangat. Cuma nya makhekan takot kitorg kebulur kot? Singgahsana Lodge cuma bagi kitorg breakfast je. Lunch & Dinner takda di provide eh? Hehehe. 

Bangunan DUN Kuching yang sangat cantek!!

Time nie memang best. Since kitorg jejak Kuching adalah masih di dalam mood Raya, so ada laa terpandang ramai manusia depan Waterfront neh. Rupanya ada Rumah Terbuka Angkatan Tentera. Apa lagi. Rezeki. Terjah! Sempat tapau Laksa Sarawak, bawak balik Lodge, then mamam! Yeah! Penuh dengan senyuman! 

Continue to Second Day!!


No comments:

Post a Comment