Wednesday, 11 December 2013

Nemo & Frens : Outing with Fizza #111213 (JPN, Jamek, Pra Tonton PAKU)

Date: 11 December 2013

Venue: Putrajaya, KLCC, Jamek, KLCC
Friend: Fizza plus Ida



Sempena Hari Keputeraan Raja Selangor, 11 Dec 2013, bila mana nya tarikh yang sangat cantek, 111213, kitorg berdua plan nak pegi renew IC si Fizza. Since yang cuti hanyalah Selangor. Teringat ayat Fizza, "Pukul berapa kita nak gerak esok?". Sah-sah la aku jawab, "selepas bangun tido!". Sayangnya nak tinggalkan bantal dan selimut! Brunch kat rumah je, terus siap-siap, start engine kereta, terus gerak ke Putrajaya dalam lingkungan pukul 12.30pm. Disebabkan hari nie hari rabu, tak banyak kereta atas jalan. So around 1.15pm kitorang daa berada dalam area Putrajaya. TQ to Mr Waze atas khidmat anda yang tak pernah mengecewakan! 


Sampai je kat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), terus serang kaunter registration. Rupanya bukan kami je yang beria nak renew IC. Ramai lagi hamba Allah yang sama-sama menunggu dengan penuh kesabaran. Bila kuarnya nombor giliran, haaa, ameko! Nombor skrg adalah 800++ manakala nombor giliran Fizza adalah 1141. Hahahaha! Tengah menghitung berapa lama anggaran masa kami perlu tersengguk di situ. Tapi alhamdulillah takda nak rushing ke mana-mana. Cumanya dapatkan seat untuk dua orang dan duduk tengok gelagat manusia lalu lalang sambil usha staff kerajaan bekerja. Untungnya mereka dan tak bestnya mereka. Untungnya kerana mereka duduk dan tunggu orang datang bila nombor dipanggil tetapi yang tak bestnya bila langsung tak berkesempatan nak menoleh tengok handset or bermain Facebook or Google seperti mana yang aku suka lakukan di opis! Bosan! Tapi best dapat bonus kerajaan masyuk! Okay! Cukup penantian dua jam setengah sambil kepenatan melihat Fizza berlatih untuk senyum depan kamera berakhir apabila 1141 tiba. Alhamdulillah. Next pitstop!


Memula memang bajet nak pegi Alamanda. Since si Fizza neh mengomel nak g Alamanada. Tak pernah pegi katanya. Tapi since pukul 5 baru gerak dari Putrajaya, next time je laa Fizza oit. Nak pegi shopping Alamanda or Jamek? Surely laa laju je dia jawab Jamek. Dia nak serbu Muaz Textile katanya. Nak beli tudung merlip-merlap bebanyak. Ameko! Sekali lagi perkhidmatan Waze diperlukan! Terus menghala ke KLCC sebab kitorg ada plan lain sambil menanti jam pukul 8.30pm. Nak dijadikan cerita, sememangnya time tuh super duper jammed samada atas jalan mahupon LRT! Dalam kesesakan ramai orang, berjaya jugak menghampiri sehampir mungkin ke coach dan dalam keadaan bersesak, daa start kemabukan jemaah manusia dari Jamek sampai la ke KLCC dan seterusnya ke KLCC. Yaraabbi! Nasib baik la Fizza cepat bertindak dengan memilih-dan-bayar. I need water! Fish need water! Hahaha. 




Muka daa kepenatan. Terus rasa nak balik! Tapi bertahan demi wayang! Terus cepat-cepat pergi isi perut dengan pizza (walhal makan pon tak habis! Perut da masuk angin daa). 8.30pm terus direct pegi collect tiket Pra Tonton PAKU. I won 6 tickets from Hotfm at TGV KLCC! SMS Terpantas! 



*muka excited balik!!




*from instagram Ida


Movie start pukul 9 dan abes around 11pm. Best. Scary. Tapi banyak jadi lawak situasi dalam panggung sebab nya semua orang ada gaya memasing untuk luahkan perasaan takut tu sendiri. Begitu jugak dengan aku. Beg belang-belang tuh la jadi mangsanya. Ada yang tutup muka dengan tudung, ada yang tengok skrin ekot lubang kecil kat handbag (which is Ida!) dan adegan menjerit-jerit bila kawan sebelah sergah (mcm kes Fizza dan Ida. Hahaha!!). 


Apa-apa pon memang best lah! Tarikh untuk diingati dan memori kenangan bersama. Cantek tarikh 11.12.13.


No comments:

Post a Comment