Sunday, 13 April 2014

Nemo & Frens : Cycling - Bukit Cerakah Shah Alam

Date: 13 April 2014

Venue: Bukit Cerakah aka Taman Botani Shah Alam
Friend: Jenaris Team plus Wawa


Assalamualaikum. 

Mari bersenam untuk kesihatan! Sangat terkejut bila Atikah ajak g cycling beberapa hari lepas. Tapi mengenangkan housemate ajak dan kitorg jugak daa lama sangat tak pegi beriadah, maybe this is the chance for us to have a very good time together maybe? Hahaha ayat!

Seawal pagi, dua kereta, berasingan, 1 kereta start hari mereka dengan bersarapan di kedai mamak area shah alam, dan 1 bijik kereta lagi bersemangat keluar pukul 8 ke shah alam. Order je sarapan dari member kereta 1 lagi. Kann senang! Nak cycling kena laa isi perut dulu kann?

Janji pukul 8.30 pg di entrance masuk. Tapi kami berempat je ada? Aik? Belom habis sarapan kah mereka? Takpe, mengenangkan japg nak berebut basikal since weekend memang ramai orang akan datang bersama family dan kawan-kawan untuk cycling. Ada jugak trem disediakan tapi ingat, atikah nak beriadah! Kena sewa 8 basikal ye. 

Barisan panjang tapi alhamdulillah ada stok untuk kami. Ada dua jenis basikal disediakan dengan kadar berbeza. Basikal yang daa lama sket disewa dengan harga RM5 sejam pertama dan tambahan RM1 setiap jam, manakala basikal yang ala-ala Le Run pulak disewa dengan kadar harga RM10 sejam pertama. Kitorang amek yang RM5 je. Jangan membazir :)


Jom cycling! Semangat semangat semangat! Jangan lupa stretching ye. Nanti cramp takda sapa nak tolong. 


Hentian pertama kitorang adalah Mini Zoo. Ada kuda padi, burung kakak tua yang sangat menarik perhatian. Memang tak kering gusi mengenangkan burung kakak tua nie. Sangat cute. Pandai posing. Pandai mengajuk percakapan kami. 







Inilah Team Jenaris plus Wawa

Meneruskan cycling, hentian kedua kitorang ada jumpa jambatan gantung. Macam biasa, gambar harus ada! Wajib okay!









Teruskan perjalanan. Hentian ketiga adalah kawasan perkampungan yang ada contoh rumah yang mewakili setiap negeri. Ada rumah Perlis, rumah Kedah, rumah Johor, dan lain-lain. Kalau tak salah info, boleh jugak bermalam di situ. Hentian ketiga, perut daa start krukk krukkk. Sarapan untuk kami pula!



Bismillah. Roti canai. Thanks Hana. 

Perut suda kenyang. Hati suda senang. Teruskan mengayuh! #PrayForAtikah

Hentian keempat adalah Rumah Empat Musim. Okay yang nie kitorang tak masuk. Cuma berlegar-legar di luar kawasan. Okay. Nie cantek. Kena explore sampai ke pintu masuk baru dapat view cantik. 





(Gambar di bawah) Mungkin dia penat gamaknya. #PrayForAtikah



















Tamat sudah perjalanan di Rumah Empat Musim. Kalau photoshoot sini memang cantik lah!

Kitorang berlapan meneruskan perjalanan ke Hentian seterusnya iaitu Menara Peninjau! Di sini memang best sangat! Bagi yang gayat, harap tak payah laa datang sini okay? Buat kena gelak je nanti. Kekeke. Hayati lah view di sini. 







Kat bawah nie ada dua buai yang sure menghilangkan lelah dan penat kitorang. 




Hentian Terakhir! Kitorang menghala ke kawasan Empangan. Kayuh lagi, lagi dan lagi. Area sini semuanya berbukit. Memang mencabar. Tapi demi semangat! Kuatkan hati!







Berakhirlah suda hentian kami dan berpatah balik. Time patah balik nie memang best. Sebabnya sedari hentian pertama sampai laa yang terakhir nie, kitorang asyik mendaki dan mendaki. So bila nak patah balik, basikal sangat laju menuruni bukit. Pastikah brek anda berfungsi ye. Hahaha. Kejap je sampai. Time mendaki, Atikah paling lambat. Tapi time patah balik, perghh, dia paling laju! Yayyy tamat.



Tudiaaa. Singgah Shah Alam pekena ABC dulu. Fradoo ABC!

Balik, Tido! Insya allah next time kita pegi cycling lagi k!



No comments:

Post a Comment