Tuesday, 27 May 2014

Nemo & Frens : Thymes Cafe (Hafiz Suip) Mula Beroperasi

THYMES CAFE
NO. 16-G, BLOCK C, 
PUSAT PERNIAGAAN THE ATMOSPHERE, 
JALAN ATMOSPHERE 6, 
BANDAR PUTRA PERMAI, 
43300 SERI KEMBANGAN, 
SELANGOR

OPERATION HOUR: 11AM - 11PM
CLOSED ON THURSDAY



Inilah dia kedai milik Hafiz Suip, yang diberi nama "Thymes Cafe". Terletak berhampiran Giant Bandar Putra Permai dan Pasar Borong Selangor. Dengan konsep Western Food dan tak lupa juga Sarawakian's Dishes, pasti membuatkan orang ramai untuk lepak-lepak area sini. Kalau ada peluang, boleh lah Hafiz masakkan untuk customer. Tak gitu? Haaa. Retis masak untuk korang k. Exclusive gitu. 

Start beroperasi dari 26 May 2014, dari jam 11 Pagi sehingga 11 Malam. Jom terjah beramai-ramai. 

Semoga rezeki Hafiz melimpah ruah seiring dengan kerjayanya dalam bidang nyanyian. 

Nak tengok menu yang dihidangkan? Cuba lawat instagram milik Hafiz Suip, @hafizsuip. Ada gambar menu yang diupload Hafiz setiap hari dalam usaha mempromosikan kafe beliau. Clap Clap Clap. Pencapaian membanggakan di usia 24 tahun.

Tak dilupakan juga Tahniah daripada HafizFC atas kejayaan mengekalkan kategori Penyanyi Lelaki Popular lagi pada tahun ini di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2013. Tahniah kepada semua pengundi dan penyumbang borang ABPBH. 



Sunday, 25 May 2014

Nemo & Frens : Pre-Holiday ke Kota Kinabalu

Date: 25 May 2014

Venue: Di Alam Maya
Friend: Nemo, Fizza, Hana, Melin


Booked pada 17 SEPTEMBER 2013. Iaitu 8 Bulan lepas! Masa Airasia buat promo. Masa tuh hati kuat mengatakan "Jom pegi holiday next year!!". Tapi ke mana? Jenuh jugak kitorang pikir ke mana nak pegi, tapi for sure dalam Malaysia. Akhirnya aku cadangkan dekat Fizza, apakata kita g Borneo, Kota Kinabalu? Mesti best kan? Tak buang masa lagi, terus beli untuk dua orang. 


Taraaa, Booking done. Dengan harga untuk return ticket, RM74 per person ke Kota Kinabalu, sememangnya cukup berbaloi kannn! Kitorang tambah 20kg, anggaran sorang akan bawak 10kg sahaja, later beli lagi bila daa nak dekat tarikh terbang. So setiap sorang dari kami cuma spend RM91 sahaja. Hahaha. 

Sejam pertama, rasa berani nak pegi berdua. Backpacker kononnya. Then bila dipikir-pikirkan, apa kata kita carik lagi dua orang atas faktor keselamatan dan happy together2. Makanya, aku pon tanya la housemate aku sorang nie, Hana. Dia on-da-spot hulur RM100 kat aku untuk beli tiket dia. Dan pada masa sama aku SMS bff aku sorang nie, Melin. On-da-spot jugak dia bank in kat aku RM100 untuk membeli tiket. Tapi malangnya aku beli tiket dorg dua nie asing-asing. 

Nie harga tiket untuk Melin. Murah kan? Termasuk luggage 20KG. 

Nie plak harga tiket untuk Hana. Mahal sket. Beza RM20 daripada kitorang. No worries. 

Time tuh memang rasa lama gilaaaa nak tunggu sehingga June 2014. Tapi sempat laa kitorang menyimpan dwet. Bermula January 2014, aku da start buat kutipan ala-ala main kutu untuk trip ke KK. Setiap bulan setiap sorang daripada kami wajib bayar RM50 untuk dimasukkan ke dalam tabung. Bukannya apa, mudah untuk aku uruskan bajet nanti. Ye laa, nak booked hotel, kereta sewa, etc2, senang! Nanti sampai je masa untuk terbang, cuma perlu bawak diri dan duit makan/pakai je. Kann senang! 

So bila da buat kutipan, kitorang akan dapat RM1200 total. Banyak kannn? Hooray!

Sehingga ke tarikh entry nie ditulis, semua sudah ditempah, termasuk lah hotel di Kundasang, hotel di KK, dan kereta sewa. Cuma menanti masa untuk terbang ke bumi Borneo sahaja. Kalau mengenai info, aku da buat research. Banyak tempat yang akan kami tuju, antaranya melihat keindahan ciptaan Allah iaitu Gunung Kinabalu, ke Rumah Terbalik, ke Pekan Nabalu, ke Desa Dairy Farm, Island Hopping di Sapi & Manukan & Mamutik, tengok sunset di Tanjung Aru, dan banyak lagi dalam kepala otak nie. Cant wait!

Semoga semuanya berjalan lancar untuk trip tahun ini. 

Amin!


Nemo & Frens : 1 Jam Bersama Wan Sufi Humaira

Date: 25 May 2014

Venue: Rumah Jenaris
Friend: MamaFizza & MumiNemo

Hari nie Ibu n Daddy nak g shopping barang dapur. So Sufi Humaira kena tinggal dengan MumiNemo ngan MamaFizza. Kejap je. Sejam bersama budak comel ini!







Nemo & Frens : Photoshoot with Sufi Humaira di Hari Ibu

Date: 11 May 2014

Venue: Taman Riadah Jenaris
Friend: Nemo, Fieda, Fizza & Leman


DSLR pon pinjam milik daddy Leman punya. Happy for Fieda to celebrate her first Mother's Day in life. :)


















Semoga Wan Sufi Humaira membesar menjadi anak yang solehah. Jaga ibu n daddy bebaik ye Sufi. 

Saturday, 10 May 2014

Nemo & Frens : Photoshoot with Sufi Humaira Part II

Date: 10 May 2014

Venue: Studio Kecil Jenaris
Friend: Nemo, Fieda, Fizza & Atikah











Credit DSLR pinjaman dari Daddy Sufi. #Eh 

Nantikan. Esok kita g taman ye untuk Family Photoshoot plak. Insya allah cuaca elok esok.