Date: 25 May 2014
Venue: Di Alam Maya
Friend: Nemo, Fizza, Hana, Melin
Booked pada 17 SEPTEMBER 2013. Iaitu 8 Bulan lepas! Masa Airasia buat promo. Masa tuh hati kuat mengatakan "Jom pegi holiday next year!!". Tapi ke mana? Jenuh jugak kitorang pikir ke mana nak pegi, tapi for sure dalam Malaysia. Akhirnya aku cadangkan dekat Fizza, apakata kita g Borneo, Kota Kinabalu? Mesti best kan? Tak buang masa lagi, terus beli untuk dua orang.
Taraaa, Booking done. Dengan harga untuk return ticket, RM74 per person ke Kota Kinabalu, sememangnya cukup berbaloi kannn! Kitorang tambah 20kg, anggaran sorang akan bawak 10kg sahaja, later beli lagi bila daa nak dekat tarikh terbang. So setiap sorang dari kami cuma spend RM91 sahaja. Hahaha.
Sejam pertama, rasa berani nak pegi berdua. Backpacker kononnya. Then bila dipikir-pikirkan, apa kata kita carik lagi dua orang atas faktor keselamatan dan happy together2. Makanya, aku pon tanya la housemate aku sorang nie, Hana. Dia on-da-spot hulur RM100 kat aku untuk beli tiket dia. Dan pada masa sama aku SMS bff aku sorang nie, Melin. On-da-spot jugak dia bank in kat aku RM100 untuk membeli tiket. Tapi malangnya aku beli tiket dorg dua nie asing-asing.
Nie harga tiket untuk Melin. Murah kan? Termasuk luggage 20KG.
Nie plak harga tiket untuk Hana. Mahal sket. Beza RM20 daripada kitorang. No worries.
Time tuh memang rasa lama gilaaaa nak tunggu sehingga June 2014. Tapi sempat laa kitorang menyimpan dwet. Bermula January 2014, aku da start buat kutipan ala-ala main kutu untuk trip ke KK. Setiap bulan setiap sorang daripada kami wajib bayar RM50 untuk dimasukkan ke dalam tabung. Bukannya apa, mudah untuk aku uruskan bajet nanti. Ye laa, nak booked hotel, kereta sewa, etc2, senang! Nanti sampai je masa untuk terbang, cuma perlu bawak diri dan duit makan/pakai je. Kann senang!
So bila da buat kutipan, kitorang akan dapat RM1200 total. Banyak kannn? Hooray!
Sehingga ke tarikh entry nie ditulis, semua sudah ditempah, termasuk lah hotel di Kundasang, hotel di KK, dan kereta sewa. Cuma menanti masa untuk terbang ke bumi Borneo sahaja. Kalau mengenai info, aku da buat research. Banyak tempat yang akan kami tuju, antaranya melihat keindahan ciptaan Allah iaitu Gunung Kinabalu, ke Rumah Terbalik, ke Pekan Nabalu, ke Desa Dairy Farm, Island Hopping di Sapi & Manukan & Mamutik, tengok sunset di Tanjung Aru, dan banyak lagi dalam kepala otak nie. Cant wait!
Semoga semuanya berjalan lancar untuk trip tahun ini.
Amin!
dah pegi ke belum neh??klu belum sile bwk blk ole2..klu dah..iols sentap..k k k
ReplyDeleteoh belom.. sbb masih pre-holiday.. hahaha masih sempat lg.. shhhhh... (diam-diam)
Delete^___^