Sunday, 28 September 2014

Nemo & Frens : Jenaris Trip to Cameron Highland (27-28 September 2014)

Alhamdulillah. Selamat pergi dan kembali. Klang - Cameron Highland - Klang. Menunaikan hasrat beberapa rakan yang belom pernah menjejakkan kaki ke CH. Perjalanan dua buah kereta, Myvi dan Saga, happening, 8 orang kesemuanya. Syukur gaji masuk pada hari kejadian. Boleh tengok muka memasing yang sudah ready nak havoc-kan CH.

Tak berani ekot Laluan Tapah, so decide untuk meneruskan perjalanan ikut Simpang Pulai. Myvi lead all the way. Tahniah Atikah sebab nekad untuk drive sepanjang jalan. First pitstop, Avant Chocolate Factory. Kat sini paling best adalah view nya. Dipenuhi Lavender dan Strawberry serta Salad yang segar bugar!! 





SELFIE


Sini juga ada Cafe yang best. Semua makanan berasaskan Strawberry! Ah, craving for it!



Second pitstop adalah Ladang Teh Cameron Valley yang kecik. Cuaca tak menentu time nie. Alhamdulillah dapat parking atas. Sempat snap beberapa keping gambar sebelum hujan!



Argh! Mari meneruskan perjalanan. Sebab sudah berjanji dengan tuan rumah Sufi Apartment, kami meneruskan perjalanan untuk mengambil kunci terlebih dahulu. Syukur, proses check in mudah. Dapat je kunci, teruskan perjalanan. Memula memang plan nak ke ladang teh Ombak Rindu (atas request cik Fizza kita tuh, sebab Abang Hariz katanya) :P, tapi tersilap jalan. Terbelok ke arah Ladang Teh Cameron Valley. Kat sini memang first time jejakkan kaki kat sini. View cantik sangat. Curam, nekad turun, tapi angkara terlebih turun, masa nak mendaki ke atas, memang rasa nak tercabut nyawa. Kat sini pon ada Kafe, menarik, tapi disebabkan kami semua sudah kelaparan ya amat (bayangkan je la brunch td di RNR Simpang Pulai, then lunch pon hanya di Cafe Avant Chocolate), maka kami decide untuk terus dinner di Nik Ikan Bakar. Berhadapan dengan Apartment yang kami tempah.


Pada sebelah malamnya, nasib menyebelahi kami apabila hujan berhenti. Time for shopping! Jom pegi Pasar Malam Brinchang! Jalan kaki je. Tak sanggup nak drive lagi. Driver da kepenatan. Murah. Banyak barang dijual. Kena pandai negotiate. Bantal panjang yang paling menarik hati. Kebanyakannya memang dijual dengan harga RM15. Paling best apabila aku dapat anak Mr Bean, yang pada mulanya dijual dengan harga RM18, setelah nego, nego, akhirnya aku berjaya mendapatkannya dengan harga RM10 sahaja! Murah kan! Sure cikjah tak puas ati. Hahahaha!

Balik Apartment, TIDO! Recharge balik sebelom meneruskan perjalanan pada esoknya pulak! Kroihh Kroihhh.


Bangun!! Day 2 di Cameron Highland. Sumpah sejuk gila! We-fie dulu di dalam rumah sebelum check out. 


Lepas je sarapan, kami teruskan perjalanan. Ada yang menyatakan hasrat nak pegi petik strawberry. Okay, aku pon tak pernah petik strawberry lagi. Jom singgah KL Lim Strawberry Park. Untuk entrance sini, charge RM50 untuk petik strawberry untuk 4 orang skali masuk. Since kitorang ber-8, so bayar RM100, dapat 4 bekas plastik yang bertanda di mana anggaran setiap bekas adalah 500 Gram. If lebih sekilo, kena bayar! Nak petik pon kena berhatit-hati takot terlebih, kena bayar extra! Argh, tak sanggup! Okbai!






Menjamu selera dengan strawberry cicah cokelat! Fuhhh, so refreshing!




Teruskan perjalanan ke Cactus Point. Fizza semangat nak membeli kaktus untuk dibelai kat rumah. Hahaha, 6 pokok RM10 rasanya. Oklah, request member, kang balik Bukit Tinggi tak lena tidur plak kan? Hahaha, since kaktus paling senang nak bela katanya. Okay Okay!



Next! Since semalam tersesat dari hala tuju asal nak pegi Ladang Teh Boh Ombak Rindu, tapi pegi Cameron Valley punya, hari ini kena repeat sebab datang sini pon utamanya nak datang sini. Hahaha mainnya bagi aku n cikjah la. Ladang Teh Abang Hariz katanya. Okay. Mari mendaki laluan yang sangat curam. Risau dengan kereta Saga sebab nie first time mendaki tempat camni. Takpe geng, aku tak kejam lagi nak tinggalkan korang jauh di hadapan. Selekoh memang toksah cakap la, sumpah kena bagi hon je sepanjang jalan. Dalam 2km ke dalam. Nama pon ladang teh kan?









Tempat terakhir singgah sebelum turun! Lavender Garden! Bayaran masuk RM5 seorang. Kat sini 6 orang sahaja masuk sebab lagi 2 orang daa kepenatan ya amat! Kat sini menarik dan tempatnya dikelilingi dengan pemandangan bunga Lavender yang bermacam warna. Kat sini juga ada disediakan taman bunga yang kita sendiri boleh petik. 1 kuntum bunga, RM2. If petik 6, dapat less jadi RM10 sahaja! Menarik tetapi aku malas nak membela bunga hidup. Harap maklum.







BALIKKKK.. Kembali ke jalan asal. Balik ke Bukit Tinggi, Klang dengan berjuta memori. Menarik. Have fun. Sangat memorable! Balik buat photobook, sangat menarik.

Farewell untuk Hana dan Amira. #JenarisTeam




No comments:

Post a Comment