Saturday, 13 June 2015

Nemo & Frens : Colmar Tropicale, Pahang

Taraaaa...!!? Hello Colmar Tropicale!

Akhirnya tercapai jugak hasrat di hati nak menakluki Colmar Tropicale yang famous sesangat tu! Cantek, seperti berada di Perancis. Hoho! (Perasan)

Bertolak dari Bukit Tinggi, Klang (8.25am), stop kejap di R&R Genting Sempah, sebelum meneruskan perjalanan kurang 20km menghala ke Bukit Tinggi, Pahang (10.15am). Penat woo nak mendaki. Agak tinggi dan cerun. Nasib cik WYR7919 bertahan jua hingga ke puncak! Entrance Fee RM13 per head. Sufi percuma sebab masih baby. Parking disediakan di hotel The Chateur (ke apa tah namanya!), FOC, sangat dekat dengan bangunan ala-ala France nie.

Jom layan gambar! Thanks kepada pemilik DSLR kerana sudi meminjamkan kamera untuk view secantik ini!


Entrance Ticket





Model Cilik, Sufi Humaira



My Cheekiest Creature on Earth!

Beautiful Scenery



Meneruskan perjalanan ke Japanese Garden! 30,000 kaki dari aras laut! Dari Colmar Tropicale tadi, kena mendaki lagi! Alhamdulillah berjaya! Ada jugak disediakan shuttle bus tapi macam lama sangat je nak tunggu setiap shuttle bus pick up. Dah la ramai orang menunggu di tengah panas!




Gangster's Style

"Gigi mana gigi?", sambil Sufi sebok show-off gigi dia!






OUR SELFIE TOGETHER!

---------------------------------------------------------------------------------

Personal comment: Tempat yang sangat cantik, strategik untuk photographer yang gilakan view, tak terlalu besar lokasinya (boleh khatam semua tempat dalam masa beberapa jam sahaja!), cuaca agak panas dan sila bawak air banyak-banyak!

---------------------------------------------------------------------------------


No comments:

Post a Comment