Monday, 28 November 2016

Nemo & Frens : Keputusan Peperiksaan Online PTD M41 (2017)

ALHAMDULILLAH.

Syukur Ya Allah atas nikmat kurniaan kali ke-2 
melepasi stage pertama yang menggusarkan ini. 

Akan ku usaha lagi dan lagi sehingga ke akhirnya. Aaamin!




Wednesday, 23 November 2016

Nemo & Frens : Peperiksaan Online PTD M41 (2017)

Assalamualaikum. 

Hari ni ujian Online PTD M41. Server 211. Alhamdulillah, da lepas satu stage, lulus atau tak, belum keluar result, so tak boleh nak agak dapat ke next stage atau tak. Doakan bagi lepas lah, aaminnn!

Bahagian A - Pengetahuan Am
- Agak tricky, banyak soalan mencabar dan ada jugak soalan yang direct to the point. Cuma yang merisaukan adalah apabila dijawab, setiap number jawapan akan bertukar warna daripada merah ke hijau, tetapi kesemua soalan berwarna merah!! Adakah ini bermakna jawapan tidak disimpan?? Oh tidakkk..!! Sangat menggusarkan diri ini huhuhu. 

Bahagian B - Daya Menyelesaikan Masalah
- Bahagian ni pon soalan agak mencabar, biasa lah memerlukan pengiraan dan IQ test. Sungguh tercabar! Ya betul, baru ku tahu perasaan adik-adik UPSR yang memerlukan pemikiran KBAT untuk menyelesaikan masalah yang diberi. Alhamdulillah, semua okay, gambarajah okay, tak risau, ada menembak beberapa soalan, hope tembakan ada mengena. Hahaha, masa tak cukup cuma kena pandai bahagi masa, cuba tembak walau tak tau jawapan drpd tinggal kosong, lagi rugi. 



Nota kaki: Rupanya ramai juga yang menghadapi masalah sama. Hope semuanya okay la kan? Aaminnn. Total ambil exam kali ni pon agak ramai cuma tidak seramai tahun 2016 iaitu sebanyak 45,555 orang. Wahhh persaingan sengit. 

Result keluar 28 November 2016. Redho dan pasrah. 

Sunday, 21 August 2016

Nemo & Frens : Selamat Tinggal Mr Soto

17 August 2015 - 19 August 2016

Tarikh keramat. Rasa macam baru semalam Mirul call mintak keja kat Kedai Soto sampai dapat keja baru dan nak guna orang immediately masuk. Okay, alhamdulillah. Sambil keja, sambil cari peluang baru. Da bermacam ranjau, dari temuduga biasa ke temuduga kerajaan sampai level PTD tapi belom rezeki. Ada cabaran yang memang menangis berhari-hari sebab mak tak bagi pergi interview (alasan: seminggu lagi nak raya, tiba-tiba nak kena g interview, tggu lepas raya plak katanya). Meroyan sebab tawaran yang sangat bermakna. Alhamdulillah, akhirnya lekat jugak satu, bukan di Klang tapi di Perlis. Ya betui, di Perlis Indera Kayangan. Memang balik forever la jawabnya. Rezeki kat tempat sendiri.

Terima kasih team Mr Soto

Pada tokey, bagi kepercayaan dan slalu boleh advance.. dan selalu approve cuti.. mintak halal makan dan minum.. 

Pada Wawa, geng gelak dan geng rahsia sama-sama share, terima kasih sahabat, yang jenis tak berkira langsung pasal duit, terima kasih.. insya allah kita jumpa lagi, tak jauh pon, perlis jugak.. terima kasih..

Pada Mak Pah, Nini, Syed, Cik Ila, Adik Zana, takda daa la geng gelak kita pasni.. geng merapu... geng menggila.. takpa, hidup mesti diteruskan.. for a better future.. Aamminnnn


21 August 2016
Ahad
Nukilan Nemo