Wednesday, 23 November 2016

Nemo & Frens : Peperiksaan Online PTD M41 (2017)

Assalamualaikum. 

Hari ni ujian Online PTD M41. Server 211. Alhamdulillah, da lepas satu stage, lulus atau tak, belum keluar result, so tak boleh nak agak dapat ke next stage atau tak. Doakan bagi lepas lah, aaminnn!

Bahagian A - Pengetahuan Am
- Agak tricky, banyak soalan mencabar dan ada jugak soalan yang direct to the point. Cuma yang merisaukan adalah apabila dijawab, setiap number jawapan akan bertukar warna daripada merah ke hijau, tetapi kesemua soalan berwarna merah!! Adakah ini bermakna jawapan tidak disimpan?? Oh tidakkk..!! Sangat menggusarkan diri ini huhuhu. 

Bahagian B - Daya Menyelesaikan Masalah
- Bahagian ni pon soalan agak mencabar, biasa lah memerlukan pengiraan dan IQ test. Sungguh tercabar! Ya betul, baru ku tahu perasaan adik-adik UPSR yang memerlukan pemikiran KBAT untuk menyelesaikan masalah yang diberi. Alhamdulillah, semua okay, gambarajah okay, tak risau, ada menembak beberapa soalan, hope tembakan ada mengena. Hahaha, masa tak cukup cuma kena pandai bahagi masa, cuba tembak walau tak tau jawapan drpd tinggal kosong, lagi rugi. 



Nota kaki: Rupanya ramai juga yang menghadapi masalah sama. Hope semuanya okay la kan? Aaminnn. Total ambil exam kali ni pon agak ramai cuma tidak seramai tahun 2016 iaitu sebanyak 45,555 orang. Wahhh persaingan sengit. 

Result keluar 28 November 2016. Redho dan pasrah. 

No comments:

Post a Comment