Friday, 31 January 2014

Nemo & Frens : Trip ke Langkawi (Day 2)

Date: 31 January 2014

Venue: Langkawi
Friend: Mumi, Kaktie & Kaksu

Pagi nie bangun agak lewat. Biasa lah daa nama pon tak terikat dengan sebarang jadual. Kuar beli sarapan yang sama tempat dan menu cam semalam. Sedap cakoi. Area Padang Matsirat jugak. Makan, mandi, bergosip, then baru buat keputusan nak pergi ke mana pulak hari nie. Bak kata Kaktie, "Kaktie kena makan dulu baru boleh berfikir nak pergi mana lepas nie....." .. 

Selepas kenyang......


Ok. Hari nie kita pergi jalan-jalan Pekan Kuah!


Lets go! Vroom vroomm........


Destinasi pertama - Dataran Lang


Tak susah pon nak carik signboard ke Kuah. Bersepah. Konon bajet Chinese New Year ramai laa orang kat Pekan Kuah, tapi bila lalu, tak ramai pon? Jejak je Dataran Lang, takda orang sangat pon? Daa la tengah panas. Tapi mode posing takkan dilupakan!



 



Berempat kasi havoc itu helang.


Turn Mumi pulak berposing


Turn Kaktie


My turn to jump as high as eagle


Posing lagi selagi belom habis kodak


Nie area Dataran Lang jugak. Menghadap laut yang terbentang luas. 


Mumi yang tengah layan feeling, Nemo yang tengah berperangai beruk dan Kaksu yang tengah merindui anaknya. 


Budak Hyper yang uncontrollable


Kaktie yang gorgeous


Sempat selfie berempat. Im good at this *perasan*


Selfie again n again. Kata Kakshy, tangan Nemo kann panjang.



             
Fly!

Da puas melompat sana sini, posing itu ini, kitorang pon meneruskan perjalanan ke Pekan Kuah. Kali nie kitorang nak shopping coklat. Orang kata Langkawi nie Pulau Bebas Cukai, makanya harga coklat kat pasaran dengan kat sini amat berbeza. Dua tempat faveret yang nak dituju adalah Haji Ismail Group (HIG) & Idaman Suri. Apa beza dua tempat nie? Bagi aku sama je, mungkin berbeza pada nilai barangan dan harga. Tapi dua-dua tempat nie memang fames dengan Coklat, Pinggan Mangkuk, Sudu, Minyak Gamat, Etc2. 

Shopping coklat kat HIG takleh lama-lama sangat sebab ikutkan nafsu memang ke laut laaa nanti. Oleh kerana takot overspend, better cepat-cepat pergi ke cashier dan bayar! Terbang jugak la RM161 untuk bayaran pertama. Nie pon tak termasuk lagi Ferrero Rocher yang kakak aku pesan. Next! Ke Idaman Suri. Kat sini tak banyak sangat choice coklat. Kat sini aku rembat pulak Ferrero Rocher. RM21.90 untuk 30 bijik. Sama je harganya dengan Haji Ismail Group tadi. Oleh sebab berplastik-plastik coklat dah diborong, kitorang decide untuk balik ke bilik dahulu untuk hantar semua jenis coklat nie. Takot pulak kalau letak dalam kereta, cair dibuatnya. Langkawi kann panas. 

Destinasi seterusnya. Oleh sebab budak Hyper nie kalut nak mandi laut, makanya aktiviti petang nie adalah mandi laut! Semangat! Tapi sebelum tuh rasa lapar. Oleh sebab kitorang skip lunch, memang ada live band laa dalam perut nie. Ada terbaca dalam blog mengenai Laksa Power kat Langkawi ni. So, apa lagi, Waze kann ada! 



Perut suda kenyang. Masa untuk meneruskan perjalanan dan niat untuk mandi laut! Yuhuuuu. Bertolak ke Cenang. Tapi dengan hampanya jalan yang sesak dan no parking! Makanya plan untuk mandi laut terpaksa ditangguh dan meneruskan perjalanan mengejar sunset sahaja!






Elok pulak dengan lokasi kitorang stop tuh adalah bersebelahan dengan Langkawi Airport, so memasing excited dan timbul lah idea menggila bersama background Kapal Terbang ! 




Kaksu: Alaaaa flite saya terlepas....
Mumi: Haipppp...
Kaktie: (muka tercengang)




Selfie


Super cute mode!


Action kamen mode!



Meneruskan perjalanan untuk hari ketiga dan terakhir keesokan hari nya pulak! Makanan best di Langkawi. Suasana tenang. Havoc Havoc. 

Thursday, 30 January 2014

Nemo & Frens : Trip ke Langkawi (Day 1)

Date: 30 January 2014

Venue: Langkawi
Friend: Mumi, Kaktie & Kaksu


Holiday Mood!

Bangunnnnnn!! Flight ke Langkawi 7.30am. Set alarm kununnya pukul 4 pagi, tapi terbabas sampai pukul 5 pagi! Apa lagi, memang tak cukup tanah la berlari, tapi yang bestnya sempat lagi mandi. Hahaha. Start enjin kereta 5.37am, terus pecut ke LCCT. Drop beg dan teruskan pencarian untuk mencari parking kereta di area LCCT. Nie daa kira kali ketiga tinggal kereta kat parking lot depan Tune Hotel, RM16 per day, kiranya rate paling murah yang masih dianggap affordable lagi. Tapi peluang untuk mendapatkan parking memang agak limited. Pagi tuh pulak memang mencabar jugak la untuk mencari parking sebab mostly orang tinggalkan kereta berhari-hari dan awal pagi, makanya memang takda langsung kereta keluar. Nak tak nak, terpaksa laa carik yang jauh jugak daripada area slalu parking, tapi syukur masih di dalam kawasan RM16 per day. Syukur.  Tak habis dengan dugaan itu, berlari daripada area Tune Hotel, ke Departure Hall. Yang paling bestnya bila halfway entah kenapa gatal sangat tangan nie nak kuarkan boarding pass, dan tepek kat poket belakang jeans. Yang paling haru nya bila daa dekat dgn boarding area, tup-tup boarding pass takda!! Arghhh!! Dua benda je melekat dalam pikiran. Cari atau print kat kaunter dan lost RM10. Tapi hati still mengatakan cari dulu! Terpaksa berpatah balik dan alhamdulillah ada di tempat keluarkan boarding pass td. Berlari lagi dan syukur sempat mengejar. Putus nyawa jugak laa kejap. Memang menduga betul! Tapi takpe, jangan sampai mood bercuti itu hilang!! 

Sempat selfie dahulu sebelum terbang...

Perjalanan daripada KL ke Langkawi hanya memerlukan masa 1 jam sahaja di atas udara. Excited la jugak sebab first time terbang ke Langkawi. Selalunya pergi Langkawi hanya daripada Jeti Kuala Perlis nek feri 45 minit. 
Yayyy dah sampai kat Langkawi International Airport! Sampai je airport, terus call Hannan, orang yang arrange kereta sewa. Caj RM240 untuk Viva 3 hari 2 malam  


Kitorang sewa bilik je. Ye laa. Pada asalnya memang lah janji nak datang ramai-ramai. Tetapi berakhir dengan hanya 4 orang sahaja! Hahaha. Daripada semangat nak sewa homestay 3 bilik akhirnya tukar ke sewa bilik sahaja. Nasib baik lah sewa tak mahal sangat. Affordable lagi laa untuk 3 hari 2 malam dengan harga RM240. Ok laa kan? Tempat untuk beristirehat dan bermalam sahaja. Dan berporet! Hahaha. 


........................................................................

Mandi suda. Siap pon suda. Lets go! Tempat pertama untuk diterjah! 

Langkawi Cable Car

Dekat je dengan penempatan kitorang di area Padang Matsirat. Memandangkan percutian kali ini melibatkan percutian semasa cuti sekolah dan public holiday Chinese New Year keesokannya, kitorang nekad untuk naik cable car hari ini jugak untuk mengelakkan sebarang kesesakan di cable car. 

Tiket untuk entrance Cable Car = RM30 tetapi sekiranya menggunakan IC, kita akan di caj hanya RM15 sekepala. 

Aik. Takda orang? Lagi bagus!

Done 4 keping tiket!

Selfie. Almaklumlah, berempat. Kalau berlapan, susah jugak nak berselfie bagai :P

Masa beratur pihak management Cable Car dengan sengaja nya membuat promo free dengan memasang video lakonan Shah Rukh Khan bergelut dengan penjenayah kat atas Cable Car. Makanya tengok laa betapa excited nya hard core fans SRK tuh sepanjang beratur. 

Ini my beloved buddies! Kaktie dan Mumi. 

Sayup tinggi je tengok atas tuh. Tapi baca Bismillah. Insya allah selamat. Bagi yang gayat, tidak digalakkan. Diulang sekali lagi, tidak digalakkan!

Ini pon my sweetest beloved buddy! Kaksu yang happy always!

Nampak tak muka gayat tuh? Setelah 30 minit menunggu akhirnya kitorang suda berada di dalam gondola. UP UP AWAY!! 

Nampak tuh Telaga Tujuh? Memang la tak nampak. Sebab airnya kering. Mungkin sebab faktor cuaca? Kepanasan melampau? Kuasa Tuhan!

Berpaut kuat-kuat pada pokok! Angin memang kuat sangat kat atas tuh tetapi mungkin sebab faktor pengudaraan yang melebihi tahap kepanasan terik mentari, ianya dirasakan seimbang. Panas tapi tetap rasa syiok je atas tuh. Rasa taknak turun pon ada! 



........................................................................

Diselitkan beberapa keping sudut photography sepanjang perjalanan ke atas puncak Gunung Mat Chincang.





Bestnya dapat jejak kaki ke tanah semula. Start shopping baju. Katanya esok kita kena pakai baju sama! Semua beli baju ada cop Langkawi. Okay Kaktie. Mari memilih. 

*Walhal aku kuar dari kedai, beli aiskrim, duduk kat kerusi, perghhh, masyukkk!


Buat keychain. RM5 ukir nama. Pilih-pilih. Mudahnya cari duit. Berminat!

Entrance to Oriental Village

Nie namanya Duck Tour. Tak tau sangat pasal benda nie. Sebab tengok je dari jauh. Masuk air ke? Entah. Rate tak mahal. RM15 kalau tak salah. Baik naik Cable Car lagi skali. Peace!

Ini Oriental Village, tempat Cable Car. Cari je signboard Oriental Village. Memang bersepah kalau nak drive pon takkan sesat. Pusing pulau je. 

See. Bentuk Love kan? Dengan ini diisytiharkan pulau ini sebagai Pulau Love Terbalik.

Berdua? Mana lagi dua? Mereka tengah ketiduran di dalam kereta. Maafkan kami kerana berposing tanpa Mumi dan Kaktie. 


Gerakan mencari minyak gamat.

Fames di Langkawi. Borong la bebanyak kat sini dan buat stok kat rumah selama setahun. Macam-macam produk berasaskan gamat ada dijual. Daripada segi kesihatan, kecantikan malahan sampai ke aspek seksualiti. Semua nya boleh. 


Sementara menunggu malam, teruskan perjalanan ke Makam Mahsuri. Sebenarnya malas daa nak pergi ke mana-mana. Rasa mengantuk yang amat sangat. Tapi kuatkan hati dan diri untuk berposing je depan signage Kota Mahsuri. Rasa tak lengkap pulak kalau pergi ke Langkawi tapi tak jejak ke sini. 


Okay! Balik tido.