Date: 30 January 2014
Venue: Langkawi
Friend: Mumi, Kaktie & Kaksu
Friend: Mumi, Kaktie & Kaksu
Holiday Mood!
Bangunnnnnn!! Flight ke Langkawi 7.30am. Set alarm kununnya pukul 4 pagi, tapi terbabas sampai pukul 5 pagi! Apa lagi, memang tak cukup tanah la berlari, tapi yang bestnya sempat lagi mandi. Hahaha. Start enjin kereta 5.37am, terus pecut ke LCCT. Drop beg dan teruskan pencarian untuk mencari parking kereta di area LCCT. Nie daa kira kali ketiga tinggal kereta kat parking lot depan Tune Hotel, RM16 per day, kiranya rate paling murah yang masih dianggap affordable lagi. Tapi peluang untuk mendapatkan parking memang agak limited. Pagi tuh pulak memang mencabar jugak la untuk mencari parking sebab mostly orang tinggalkan kereta berhari-hari dan awal pagi, makanya memang takda langsung kereta keluar. Nak tak nak, terpaksa laa carik yang jauh jugak daripada area slalu parking, tapi syukur masih di dalam kawasan RM16 per day. Syukur. Tak habis dengan dugaan itu, berlari daripada area Tune Hotel, ke Departure Hall. Yang paling bestnya bila halfway entah kenapa gatal sangat tangan nie nak kuarkan boarding pass, dan tepek kat poket belakang jeans. Yang paling haru nya bila daa dekat dgn boarding area, tup-tup boarding pass takda!! Arghhh!! Dua benda je melekat dalam pikiran. Cari atau print kat kaunter dan lost RM10. Tapi hati still mengatakan cari dulu! Terpaksa berpatah balik dan alhamdulillah ada di tempat keluarkan boarding pass td. Berlari lagi dan syukur sempat mengejar. Putus nyawa jugak laa kejap. Memang menduga betul! Tapi takpe, jangan sampai mood bercuti itu hilang!!
Yayyy dah sampai kat Langkawi International Airport! Sampai je airport, terus call Hannan, orang yang arrange kereta sewa. Caj RM240 untuk Viva 3 hari 2 malam
Kitorang sewa bilik je. Ye laa. Pada asalnya memang lah janji nak datang ramai-ramai. Tetapi berakhir dengan hanya 4 orang sahaja! Hahaha. Daripada semangat nak sewa homestay 3 bilik akhirnya tukar ke sewa bilik sahaja. Nasib baik lah sewa tak mahal sangat. Affordable lagi laa untuk 3 hari 2 malam dengan harga RM240. Ok laa kan? Tempat untuk beristirehat dan bermalam sahaja. Dan berporet! Hahaha.
........................................................................
Mandi suda. Siap pon suda. Lets go! Tempat pertama untuk diterjah!
Langkawi Cable Car
Dekat je dengan penempatan kitorang di area Padang Matsirat. Memandangkan percutian kali ini melibatkan percutian semasa cuti sekolah dan public holiday Chinese New Year keesokannya, kitorang nekad untuk naik cable car hari ini jugak untuk mengelakkan sebarang kesesakan di cable car.
Tiket untuk entrance Cable Car = RM30 tetapi sekiranya menggunakan IC, kita akan di caj hanya RM15 sekepala.
Aik. Takda orang? Lagi bagus!
Done 4 keping tiket!
Selfie. Almaklumlah, berempat. Kalau berlapan, susah jugak nak berselfie bagai :P
Masa beratur pihak management Cable Car dengan sengaja nya membuat promo free dengan memasang video lakonan Shah Rukh Khan bergelut dengan penjenayah kat atas Cable Car. Makanya tengok laa betapa excited nya hard core fans SRK tuh sepanjang beratur.
Ini my beloved buddies! Kaktie dan Mumi.
Sayup tinggi je tengok atas tuh. Tapi baca Bismillah. Insya allah selamat. Bagi yang gayat, tidak digalakkan. Diulang sekali lagi, tidak digalakkan!
Ini pon my sweetest beloved buddy! Kaksu yang happy always!
Nampak tak muka gayat tuh? Setelah 30 minit menunggu akhirnya kitorang suda berada di dalam gondola. UP UP AWAY!!
Nampak tuh Telaga Tujuh? Memang la tak nampak. Sebab airnya kering. Mungkin sebab faktor cuaca? Kepanasan melampau? Kuasa Tuhan!
Berpaut kuat-kuat pada pokok! Angin memang kuat sangat kat atas tuh tetapi mungkin sebab faktor pengudaraan yang melebihi tahap kepanasan terik mentari, ianya dirasakan seimbang. Panas tapi tetap rasa syiok je atas tuh. Rasa taknak turun pon ada!
........................................................................
Diselitkan beberapa keping sudut photography sepanjang perjalanan ke atas puncak Gunung Mat Chincang.
Bestnya dapat jejak kaki ke tanah semula. Start shopping baju. Katanya esok kita kena pakai baju sama! Semua beli baju ada cop Langkawi. Okay Kaktie. Mari memilih.
*Walhal aku kuar dari kedai, beli aiskrim, duduk kat kerusi, perghhh, masyukkk!
Buat keychain. RM5 ukir nama. Pilih-pilih. Mudahnya cari duit. Berminat!
Entrance to Oriental Village
Nie namanya Duck Tour. Tak tau sangat pasal benda nie. Sebab tengok je dari jauh. Masuk air ke? Entah. Rate tak mahal. RM15 kalau tak salah. Baik naik Cable Car lagi skali. Peace!
Ini Oriental Village, tempat Cable Car. Cari je signboard Oriental Village. Memang bersepah kalau nak drive pon takkan sesat. Pusing pulau je.
See. Bentuk Love kan? Dengan ini diisytiharkan pulau ini sebagai Pulau Love Terbalik.
Berdua? Mana lagi dua? Mereka tengah ketiduran di dalam kereta. Maafkan kami kerana berposing tanpa Mumi dan Kaktie.
Gerakan mencari minyak gamat.
Fames di Langkawi. Borong la bebanyak kat sini dan buat stok kat rumah selama setahun. Macam-macam produk berasaskan gamat ada dijual. Daripada segi kesihatan, kecantikan malahan sampai ke aspek seksualiti. Semua nya boleh.
Sementara menunggu malam, teruskan perjalanan ke Makam Mahsuri. Sebenarnya malas daa nak pergi ke mana-mana. Rasa mengantuk yang amat sangat. Tapi kuatkan hati dan diri untuk berposing je depan signage Kota Mahsuri. Rasa tak lengkap pulak kalau pergi ke Langkawi tapi tak jejak ke sini.
Okay! Balik tido.
No comments:
Post a Comment