Friday, 31 January 2014

Nemo & Frens : Trip ke Langkawi (Day 2)

Date: 31 January 2014

Venue: Langkawi
Friend: Mumi, Kaktie & Kaksu

Pagi nie bangun agak lewat. Biasa lah daa nama pon tak terikat dengan sebarang jadual. Kuar beli sarapan yang sama tempat dan menu cam semalam. Sedap cakoi. Area Padang Matsirat jugak. Makan, mandi, bergosip, then baru buat keputusan nak pergi ke mana pulak hari nie. Bak kata Kaktie, "Kaktie kena makan dulu baru boleh berfikir nak pergi mana lepas nie....." .. 

Selepas kenyang......


Ok. Hari nie kita pergi jalan-jalan Pekan Kuah!


Lets go! Vroom vroomm........


Destinasi pertama - Dataran Lang


Tak susah pon nak carik signboard ke Kuah. Bersepah. Konon bajet Chinese New Year ramai laa orang kat Pekan Kuah, tapi bila lalu, tak ramai pon? Jejak je Dataran Lang, takda orang sangat pon? Daa la tengah panas. Tapi mode posing takkan dilupakan!



 



Berempat kasi havoc itu helang.


Turn Mumi pulak berposing


Turn Kaktie


My turn to jump as high as eagle


Posing lagi selagi belom habis kodak


Nie area Dataran Lang jugak. Menghadap laut yang terbentang luas. 


Mumi yang tengah layan feeling, Nemo yang tengah berperangai beruk dan Kaksu yang tengah merindui anaknya. 


Budak Hyper yang uncontrollable


Kaktie yang gorgeous


Sempat selfie berempat. Im good at this *perasan*


Selfie again n again. Kata Kakshy, tangan Nemo kann panjang.



             
Fly!

Da puas melompat sana sini, posing itu ini, kitorang pon meneruskan perjalanan ke Pekan Kuah. Kali nie kitorang nak shopping coklat. Orang kata Langkawi nie Pulau Bebas Cukai, makanya harga coklat kat pasaran dengan kat sini amat berbeza. Dua tempat faveret yang nak dituju adalah Haji Ismail Group (HIG) & Idaman Suri. Apa beza dua tempat nie? Bagi aku sama je, mungkin berbeza pada nilai barangan dan harga. Tapi dua-dua tempat nie memang fames dengan Coklat, Pinggan Mangkuk, Sudu, Minyak Gamat, Etc2. 

Shopping coklat kat HIG takleh lama-lama sangat sebab ikutkan nafsu memang ke laut laaa nanti. Oleh kerana takot overspend, better cepat-cepat pergi ke cashier dan bayar! Terbang jugak la RM161 untuk bayaran pertama. Nie pon tak termasuk lagi Ferrero Rocher yang kakak aku pesan. Next! Ke Idaman Suri. Kat sini tak banyak sangat choice coklat. Kat sini aku rembat pulak Ferrero Rocher. RM21.90 untuk 30 bijik. Sama je harganya dengan Haji Ismail Group tadi. Oleh sebab berplastik-plastik coklat dah diborong, kitorang decide untuk balik ke bilik dahulu untuk hantar semua jenis coklat nie. Takot pulak kalau letak dalam kereta, cair dibuatnya. Langkawi kann panas. 

Destinasi seterusnya. Oleh sebab budak Hyper nie kalut nak mandi laut, makanya aktiviti petang nie adalah mandi laut! Semangat! Tapi sebelum tuh rasa lapar. Oleh sebab kitorang skip lunch, memang ada live band laa dalam perut nie. Ada terbaca dalam blog mengenai Laksa Power kat Langkawi ni. So, apa lagi, Waze kann ada! 



Perut suda kenyang. Masa untuk meneruskan perjalanan dan niat untuk mandi laut! Yuhuuuu. Bertolak ke Cenang. Tapi dengan hampanya jalan yang sesak dan no parking! Makanya plan untuk mandi laut terpaksa ditangguh dan meneruskan perjalanan mengejar sunset sahaja!






Elok pulak dengan lokasi kitorang stop tuh adalah bersebelahan dengan Langkawi Airport, so memasing excited dan timbul lah idea menggila bersama background Kapal Terbang ! 




Kaksu: Alaaaa flite saya terlepas....
Mumi: Haipppp...
Kaktie: (muka tercengang)




Selfie


Super cute mode!


Action kamen mode!



Meneruskan perjalanan untuk hari ketiga dan terakhir keesokan hari nya pulak! Makanan best di Langkawi. Suasana tenang. Havoc Havoc. 

No comments:

Post a Comment