Sunday, 16 March 2014

Nemo & Frens : Picnic di Ulu Yam #Jenaris5

Date: 16 March 2014

Venue: Ulu Yam, Sungai Tua, Batu Caves S'ngor
Friend: Fizza, Basy, Talha, Hana, Atikah, Wawa

Haaaa.. since skrg Syabas asyik buat catuan air je, apakata kali nie kita pegi mandi sungai pulak! Hehehe. Sebenarnya nie plan bebudak rumah utk celebrate birthday January dan March Babies. Tapi malangnya Mira plak tak dapat ekot last minute punya decision. Makanya kitorg terpaksa la tukar plan sbb Mira adalah salah sorang yang akan dicelebrate. 

Kitorg gerak dengan dua kereta je. Myvi dan Saga sahaja. Berkonvoi. Masa otw tetiba je hujan. Lebat pulak tu. Rasa cam nak cancel kan je plan tp sayang la sebab semua makanan da ready Redah je la, janji safety kena jaga dan hati-hati. Drive slow je mendaki selekoh-selekoh walaupon terserempak dengan 1 Hilux yang terjunam masuk dalam longkang. Bad luck. Kami teruskan perjalanan sampai laa jumpa signboard seperti kat bawah nie. 


Tengok gambar air mengalir nie. Best kan? Sejuk mata memandang tapi sejuk lagi kaki direndam. Ceewah. Bila kami sampai ke spot cantik nie, hujan masih turun dan part yang paling best, hanya kami sahaja di area situ. Bayar parking kereta RM5, umpama bayaran ekslusif sewa kawasan tu jugak. Mari pasang khemah aka kain tutup kereta milik Talha. Time nie memang memasing guna kreativiti yang ada untuk memacak dan alhamdulillah success! Kawan-kawan aku memang kreatif lah!


Next! Upacara menghidupkan api dan bakar membakar. Thanks to Hana dan semua yang berkolaborasi dalam menjayakan picnic kali nie. Aku, mcm biasa lah, drive je ke sini dengan selamatnya! Mari bakar membakar sementara tak ramai lagi yang datang. 


Sementara tunggu masak, boleh laa g rendam-rendam badan dulu, lepak-lepak layan jiwang kat tepi batu ke, sebab hujan daa stop dan mentari da muncul. Yuhuuu. Penantian yang tak sia-sia dan tindakan yang tepat untuk tidak mencancelkan plan ini! Mandiiiiii.....................!!


Sementara tuh, team-team membakar masih meneruskan kerja mereka sebelum kita NGAP beramai-ramai! 




Mandi sudah, mari kita NGAP! Nasi ada, ayam bakar ada, sosej ada, mayonis ada, sambal belacan ada, Brownies Kartika Sari ada, ais batu pon ada, mari kita ngap! Sebenarnya aktiviti macam nie tak perlukan makanan yang pelbagai pon. Bukannya Buffet. Just simple and nice only. Yeah!


Sambung mandi dan mandi dan mandi bila semua daa start berendam dan berenang.




Bila daa start ada family-family dan mat-mat rempit datang, tiba lah masanya untuk kami berkemas-kemas dan kembali ke pangkal jalan. Hahaha, bila perut kenyang, mata akan bertindak sebaliknya. Terus rasa mengantuk. Jangan risau sebab kat kawasan nie ada disediakan toilet cumanya kena bertahan la dengan toilet yang tidak diselenggara dengan baik. Biasa lah, tanah persendirian katanya. If nak senang lagi better kalau korang bawak khemah sendiri yang bleh lipat-lipat tuh, boleh salin dalam tuh. Lagi rasa selesa. Lagi 1, kes serangan beruk. Daa berkali-kali kami diserang beruk tetapi walaupon kami semua perempuan tanpa diiringi lelaki, tetapi kami cuba utk menghalau haiwan liar tanpa mencederakannya. Biasa la dia hidu makanan. Segala kaum kerabat diangkatnya untuk menghampiri kawasan perkelahan. Nama pon hutan. Kena laa paham. Memang habitat dorg pon kann. Cuma satu je aku nak ingatkan. Letak barang-barang berharga dalam 1 beg/bekas. If ada serangan beruk, pastikan anda hanya selamatkan beg/bekas tuh semua. Termasuklah kunci kereta better letak 1 tempat untuk senang diselamatkan! Bayangkan kalau beruk tuh terus rembat beg yang ada kunci kereta korang dan heret bawak masuk dalam hutan. Macam mana agaknya korang nak dapatkan balik? Hehehe. Precaution is better than cure. True!

Sampai rumah je, terus terlelap sampai ke malam. Penangan penat bermain air laa katakan. Hahahaha. Yang penting, Enjoy with housemate! 



No comments:

Post a Comment