SAMSUNG SMART CAMERA WB250F
Welcome home baby. Ngee. Happy sangat. Banyak cerita di sebalik kejayaan ini. Tanggal 25 March 2014, sampai pon akhirnya. Kenapa aku cakap ada banyak cerita untuk impian ini? Berbulan-bulan aku pandang je Lazada dengan penuh harapan. Bermula dengan harga RM608. Esoknya masih RM608. Bulan depannya masih RM608. Tetiba terpacul RM599. Ya Allah, daa turun harga. Tunggu lagi dan teruskan mengumpul dwet.
Suatu hari, terpandang, mungkin tersalah pandang, tetapi harganya turun kepada RM410. Eh? Diorang salah key in maybe? Tetapi atas "paksaan" Fizza, aku ter-order jugak. Dengan harapan menggunung, menanti dan menanti tetapi malangnya esok aku menerima 1 email yang tak sedap untuk dibaca berulang kali apabila order aku dicancel atas sebab-sebab yang tidak diketahui. Makanya aku rasa diorg salah key in harga kot kat website? So harapan hancur musnah segalanya walaupon RM410 sudah tersedia sejak order dibuat. Redha dan rasa teruskan mengumpul dwet sehingga RM599 laa jawabnya.
Tak lama kemudian, tatkala orang lain sibuk dengan misteri MH370, aku terbuka lagi Lazada dan kali ini masih terlihat angka sama bagi model nie iaitu RM410. Haruskah aku cuba sekali lagi? Why not kan? Bukan kena bayar on da spot pon sebabnya aku buat Cash-On-Delivery. Sampai barang, aku bayar lah. If tak sampai aku teruskan menabung lah kan? So sekali lagi aku order barang, tetapi kali ini dengan tiada harapan setinggi gunung seperti minggu lepas.
Penantian demi penantian, trace order pon macam tak berfungsi walaupon daa dapat email "yr order has been shipped" tapi tiada tracking nombor. So redho dalam kepasrahan. Tungguuuu punya tunggu, alhamdulillah akhirnya sampai jugak 25 March 2014. Yahoo. Terbang RM410. Oh salah. RM410 hanya untuk kamera, tanpa memory card. So, terbang lagi RM50 untuk memory card 16GB. Yuhuuu. Jom photoshoot!!
Kenapa aku memilih model Samsung, bukannya Nikon, Sony mahupon Canon atau pon DSLR? Kalaua DSLR, sah aku tolak tepi dahulu sebab itu tandanya bertahun lagi aku nak tunggu untuk tabung aku penuh! Huh! Next! Nikon, Sony, Canon. Bagi aku, design Samsung cantek. Dilengkapi WIFI. 18x Zoom. Dan cukup untuk memuaskan hati aku. Alhamdulillah. Semoga aku teruskan berkarya dengan adanya kamera ini.
Early Birthday Present For Me. TQ Allah for giving me this chance and opportunity.
Sample Photo:
Zoom atas bumbung depan rumah jiran sambil guna Smart Function "Vignetting"
Background katil sendiri
Zoom pokok depan rumah.
Nanti leh edit then letak watermark sendiri. Wahhhhh!!
No comments:
Post a Comment