Monday, 23 June 2014

Nemo & Frens : Sabah Land Below The Wind [Day 4 - 23 Jun 2014]

Sumpah penat gila semalam. Haha. Padan muka. Hari terakhir di Sabah! Mari jalan-jalan sekitar bandaraya! Hari nie, lepas sarapan dekat hotel, check out, terus kami start engine kereta dan menghala ke arah suka ati! Takda plan sangat. Berpandukan blog-walking sebelum ini, aku decide nak pegi Muzium Sabah! Oh i love history!


Kat sini ada perkampungan budaya. Entrance fee pon murah. Tambah knowledge kat tempat orang apa salahnya kan? Panas terik sangat! Menyesal sebab kamera start heng dan rosak di sini. Oh sadis!



Merajuk dengan kamera. 

Oleh sebab semalam rasa sedap sangat makan lokan, hari nie kami nak pegi serang makan lokan lagi dan lagi! Menghala ke Tuaran, tapi malangnya kedai yang semalam tak buka lagi. So tukar ke kedai sebelah. Semalam makan dua dulang share 4 orang. Hari ini tamak sebab order sorang sedulang! Ameko! Makan puas-puas. Saiz medium RM10 sedulang ada 20bijik lokan dalam tuh. Sedap, tapi semalam punya sedap lagi. Makan sampai sengkak. Ada jugak orang buat magic kat meja sebelah. Aku macam biasa la cepat terpengaruh. Sudu bengkok weh!

Da kenyang. Hotel pon da check out. Tinggal beberapa jam lagi untuk naik flite balik ke semenanjung. So kami menghala ke Tanjung Aru Beach. Tengok sunset. Cantik sangat. Sambil layan matahari terbenam dan makan Chicken Wing bersama ABC yang pelik sebab ada buah-buahan. 





Lepas makan je, terus menghala ke epot, drop luggage, kol En Khairom untuk collect kereta. Syukur semuanya berjalan lancar. Kembali ke tanah air. Owh sadis meninggalkan tanah Sabah. Tapi alhamdulillah Sabah dan Sarawak telah ku jejakkan kaki. 

Fully Thanks to my frens yang sanggup teman sepanjang perjalanan ini. :)



Sunday, 22 June 2014

Nemo & Frens : Sabah Land Below The Wind [Day 3 - 22 Jun 2014]

Hari yang dinanti-nantikan! Hari nie kami plan nak pegi Snorkelling! Lama sangat tak rendam diri dalam air laut. Wohooo! Sanggup bangun awal walaupon penat semalam belom hilang. Kejutkan member-member, turun breakfast, trus start engine kereta menghala ke Jesselton Point. Kat sini la tempat jual tiket utk ke pulau-pulau yang kita nak. Kereta boleh parking kat area Jesselton Point. Tak la mahal pon. Banyak agen yang datang untuk promote kita dengan pakej-pakej dorg. Sila lah wat pilihan dgn tepat ye. Pakej yg kitorg dapat boleh dikatakan berbaloi la jugak. Sewa 1 bot private dgn harga RM200 untuk 2 pulau termasuk pakej sewa set snorkel dan life jacket utk 4 orang. Tambah pakej untuk Banana Boat, sorang RM30. Main la da alang-alang takleh main Parasailing (RM170 per couple). 

Sebelom ke pulau better tapau makanan siap-siap kat situ. Jimat! Nama pon percutian bajet. Kami beli ja Nasi Lemak 4 bungkus, untuk lunch. Nanti penat snorkelling, lapar!


Pulau pertama, Lets go to Manukan Island! 












Second Island! Mamutik Island!














Cantiknya view! Cantiknya air! Cantiknya laut! Jumpa Nemo woo dalam tuh! Best amek boat private sebab dia akan tunggu kita ikut time kita. Berempat je satu boat. Pukul 4 pakcik tuh da tunggu kami untuk dihantar balik ke darat! Memory!

Parking untuk seharian tuh kurang dari RM10. Affordable. 

Next Pitstop?

Jom kita cari makan! Tadi lunch nasi lemak ja. Now jom cari proper food.

Ada baca di blog-blog bila datang ke Kota Kinabalu, harus cuba Lokan Bakar dan Kelapa Bakar kat Tuaran. Waze je. Insya allah jumpa. Banyak kedai berderet sepanjang jalan yang juga sama jalan untuk ke Gayang Seafood. Lokan bakar mmg patut cuba! Wajib!






Lokan Bakar, 5 star! Cuma kelapa bakar tak berapa kena kat tekak. Pelik sikit rasa. 





Total makan semua RM145 untuk Sweet Sour Fish, Sayur, Butter Prawn, Sotong Goreng Tepung dan Ketam! Berbaloi-baloi! 

Balik hotel jom tengok Musical Fountain kat seberang bilik. Tak puas berjalan lagi, pukul 8 keluar lagi untuk ke Pasar Malam Filipina dan Pasar Malam Sinsuran. Beli Souvenir dan Brooch! Memang rambang mata. 



Saturday, 21 June 2014

Nemo & Frens : Sabah Land Below The Wind [Day 2 - 21 Jun 2014]

Wake up Wake up!!

Set jam 4.45am. Semangat! Demi sunrise di Sabah. Nature-lover katanya. :)

Jangan lupa kat sini lebih kurang beza 2 jam dari masa di semenanjung. Memang segar dan sejuk sangat! Wake up frens, jom kita p tengok Gunung Kinabalu! Mandi belakang cerita nooo...!!

Jangan tak percaya. Gambar ini ditangkap pada pukul 6.30am. Memang cerah macam pukul 9 kat semenanjung! Culture shock sangat! 


All 4 of us. Hana, Fizza, Melin & Nemo!

"Take Nothing but Photograph.. Leave Nothing but Footprint"


 

Untuk masuk ke Kinabalu Park nie murah ja. RM3 sorang bayar kat entrance. Gambar kat atas nie kami tangkap masa on da way nak naik ke Timpohan Gate. 


Ikutkan hati memang rasa tak puas nak tengok ja rasa Gunung Kinabalu tuh sampai terbeliak bijik mata. Tapi apakan daya, masih jauh perjalanan. Sempat jugak jejak ke Timpohan Gate. Ye la, time memula sampai ke sini memang takda orang pon lagi. Cuma kami berempat semangat jejak kaki kat Kinabalu Park nie awal-awal pagi. Nak tangkap gambar pon senang. Siap boleh berkereta lagi nak ke Timpohan Gate yang anggaran dalam 3km jugak daripada entrance. Timpohan Gate nie la tempat starter point untuk pendaki-pendaki ke Gunung nun sayup di atas sana. Ada jugak kami terpandang mereka-mereka yang gagah perkasa menggalas tong gas untuk dibawa naik ke atas. Sumpah tough! 


Singgah breakfast kat Panataran Restaurant. Depan ja dengan Kinabalu Park dan 300 metre daripada J.Residence. Semalam pon lepak sini dinner, arini breakfast pulak. Gambar kat atas nie namanya Sandwich Panataran. Sepcial. 8 keping roti diapit, 2 set diapit telur dan 2 set lagi diapit cheese, ditaburi pulak cococrunch. Sejuk-sejuk nie best minum Kopi kaw-kaw punya!

Tangkap gambar kenangan depan Room 5B, J.Residence. Cantik sangat view sini. 

Kemas-kemas, jom check out dari sini. Jauh lagi perjalanan kita. Gudbye J.Residence. Kecerunanmu menakutkanku tetapi akan ku rinduimu. Ceewah! Gila tak scary tengok tahap kecerunan 60 degree. Hahaha, sewa lah Saga. Memang tip top!

Semalam tak sempat singgah Kinabalu Pine Resort. Demi hajat, mari kita singgah walau tak menginap kat sini! View sini cantik. Patut datang okay!

 


Sekali lagi terpana dengan Gunung Kinabalu. Sampaikan taknak gerak. Jom teruskan perjalanan wahai kawan-kawan!


Singgah dulu sini. Beli strawberry, raspberry, kuih Amplang pelbagai perisa, jeruk-jeruk, even madu fresh pon ada dijual sini. Meriah sini tapi kebanyakannya jual benda yang sama. Cuma kena pandai tawar menawar. 

Next Pitstop adalah Rumah Terbalik dekat Tamparuli. 

Sini entrance kena bayar RM10 seorang. Kena tunggu turn group-by-group. Nanti akan ada petugas sana bagi penerangan dan sejarah pasal Rumah Terbalik nie. Takjub la jugak. Kat sini rule paling besar adalah, anda tidak dibenarkan menangkap gambar di dalam RUMAH TERBALIK. Kat luar, boleh. If tertangkap, akan dikenakan denda RM100 untuk sekeping gambar! Oh tidak! Bek aku makan kat Mango Restaurant japg amount tuh. Tapi kat area luar boleh je tangkap gambar. Rule tuh bermula saat pintu rumah dibuka. Ia exclusive sebab ini tapak persendirian dan pertama di Asia! Tahniah!



Kat luar daripada tour Rumah Terbalik da boleh tangkap gambar. Ini gambar berempat bersama toilet terbalik. Kesian. Sob Sob Sob.


Inilah dia Rumah Terbalik, Tamparuli! Cantik kan? Aircond pon terbalik dalam nie. Siap ada mesin jahit yang katanya 35 kg! Sama berat dengan Hana. Hahahaha! Cumanya orang yang masuk ke dalam tuh je tak terbalik. Syukur. Lagi satu keunikannya adalah, petugas sini semuanya berpakaian batik especially perempuan. Pakai kain batik weh! Kagum!


Taraaa.. Selfie kereta terbalik. Plate Johor okay! Jauh terbang dari Johor ke Sabah!

Sempat makan di Mango Garden Restaurant. Agak famous di kalangan blogger. Terbang jugak la RM60++ untuk harga 4 orang. Not bad rasa nya. Lapar. Meneruskan perjalanan ke Kudat, melalui simpang Tuaran. Agak lama dan bosan perjalanan ke sini. Thanks to Waze. Semuanya demi Tips of Borneo, Tanjung Simpang Mengayau. 


Kat Sabah memang susah nak jumpa Masjid. Harap maklum ye. Mostly memang Gereja. Nampak signboard ke Tg Simpang Mengayau? Time nie daa nak gelap. Teruskan perjalanan. Jalan berbukit jugak dan kurang elok. Berhati-hati ye. 


3 jam perjalanan, sampai jua. Tapi sedih sebab time nie ada Sunset Music Festival. Seluruh kawasan ditutup. Makanya nie je gambar berjaya ditangkap. Datang jauh-jauh tetapi tak dapat masuk. Keciwa. Insya allah if ada kesmepatan kita repeat lagi nanti. Tips of Borneo nie pertemuan antara Laut Sulu dan Laut China Selatan. Ombak agak tinggi. 

Bila da keciwa, patah balik je la. Tapi sayangnya Waze wat hal. Kami pon cuma follow kereta depan. Asal nampak je signboard Kota Kinabalu, selamat lah. Cumanya seram sebab takda lampu jalan. Almost tersasar ke tepi jalan sebab jalan tak bertar. Terdetik juga dalam hati, syukur aku duduk semenanjung. Otw tuh boleh plak jumpa kereta terbalik dalam longkang, campur pulak tiang electric terbakar. Kesiannya. 

Berhenti dekat Kota Belud untuk isi minyak dan beli KFC. Fast food sahaja mampu dicari pada pukul 9 pm macam nie. Meneruskan perjalanan lagi sehingga ke Casuarina Hotel, Tanjung Aru. Check in pukul 11 pm. Family room dengan harga RM212 semalam termasuk breakfast. Kami kat sini untuk 2 malam. Masuk je bilik, besar! 2 katil single dengan 1 katil queen. Booking direct dengan hotel, bayar cash bila sampai. Very strategic sebab dekat dengan airport. Kapal terbang lalu lalang dari tingkap. Berhadapan jugak dengan Perdana Park. Katanya ada musical fountain malam-malam. Tapi malam nie da terlepas since sampai hotel pon pukul 11 pm. Esok je la ye! 

Dinner KFC yang da sejuk (lapar, semua bedal, ada peduli da sejuk ke tak??), mandi, rehat, tido! Esok meneruskan perjalanan untuk Island Hopping! Cant wait!



Friday, 20 June 2014

Nemo & Frens : Sabah Land Below The Wind [Day 1 - 20 Jun 2014]

Kringggggggggg.... Thanks to Ikhwan, kawan kepada cik Fizza, sbb sudi menumpangkan kami berempat sementara menunggu masa untuk boarding. Semangat punya pasal, terus memasing tak dapat nak tido nyenyak. Pukul 4 alarm da berbunyi, basuh muka, trus siap untuk ke klia2. Ye laa, takot terlepas boarding or berjalan jauh or ramai orang katanya. Alhamdulillah. 15 minit ja dari rumah Ikhwan ke klia2. Semua berjalan lancar, sempat jugak beli bekal (Takot lapar atas flite sbb 2 jam 40 minit jugak penerbangan daripada KL ke KK). 

Semua duduk terpisah kecuali Fizza dan Hana je yang dapat duduk sekali. Sanggup beli seat untuk duduk tepi tingkap demi pemandangan indah ke Sabah! Cuaca sangat baik, sunrise sangat cantik, semua smooth sampai rasa sayang nak tido! Urghhh!

2 jam 40 minit kemudian....

Safely landed di bumi SABAH

Selamat landing di Lapangan Terbang Kota Kinabalu Terminal Airasia! Yayyyy... Alhamdulillah. Tercapai juga hasrat nak jejak Tanah Borneo (Selain Sarawak). Terus amek pas lawatan kat Imigresen, call kereta sewa, nama dia En Nasha (013-472 1776) atau En Khairum (019-533 1519). Dapat harga tip top, RM320 untuk Saga FLX selama 4 hari 3 mlm. (Mungkin sebab bukan trip pada cuti sekolah). Tapi sangat murah dan sangat sesuai dengan destinasi bajet kami pada kali ini. 

Kereta sudah sampai, mari kita teruskan perjalanan ke Kundasang! Tapi mengenangkan perut lapar, mari kita makan dulu. Nama pon first time jejak ke tempat orang, semua decide nak makan KFC je. Tapi unik sikit KFC kat sini. Sebab Cashiernya dan pekerjanya adalah OKU (bisu) dan benda baru kami kena belajar untuk order ayam! Pengalaman la katakan.

Makan sudah, so mari kita teruskan perjalanan. Kat sini, masa berlalu terlalu cepat. Pukul 10, tapi da rasa macam pukul 12 tengah hari. Sangat terik. Dari KK nak ke Kundasang mengambil masa lebih kurang 2 jam lebih. Masuk je area Tamparuli, semua menjerit bila nampak kelibat Gunung Kinabalu. Tak dapat bayangkan daripada sejauh-jauh kelibat Gunung Kinabalu, kitorang akan drive sampai la ke kaki Gunung Kinabalu sebab J.Residence berada 300 meter daripada Gunung Kinabalu. Journey sangat!! Thanks to Waze!

Destinasi pertama kami adalah Pekan Nabalu. Barang-barang kat sini murah, souvenir pon murah, kudapan pon murah. Sempat la jugak borong siap-siap Fridge Magnet dan T-Shirt sebelum duit habis! Destinasi bajet harus lah dibajet dengan sebajet-bajetnya! 

Penanda aras untuk Pekan Nabalu
 

Meneruskan perjalanan lagi ke Kundasang. Gunung Kinabalu memang tak lepas dari pandangan kami. Kejap kat depan, kejap kat belakang, kejap kat kiri/kanan. Ye laa nama pon jalan bengkang-bengkok, lagi bersemangat kami nak mendekatinya. Subhanallah. 

Tinggi-tinggi Gunung Kinabalu.. Tinggi lagi sayang sama kamuuu...
 NEXT PITSTOP! Desa Dairy Farm!

Info dari blogwalking mengatakan operasi memerah susu lembu ala-ala New Zealand di Desa Dairy Farm, Mesilou start pukul 3 petang. Walau sedikit tersasar sebab Waze wat hal, tapi alhamdulillah sempat jugak la kami mengejar masa sebelum 3 petang. Tinggi sangat lokasi nya. Tapi menarik. Angin sepoi-sepoi bahasa, walau panas, tapi tak terasa bahangnya. Best sangat. Langit pon biru. Cantik untuk photoshoot okay! Entrance murah je, RM3 sekepala. 

Gunung Kinabalu yang megah dan sasa. View dari Desa Dairy Farm. 

Nampak tak lembu-lembu tengah bersusun nak diberi makan sambil diperah susunya. Macam lembu iklan susu kan? Berbintik-bintik putih-itam badan. 
Model lembu sekalian. Kat sini ada jual susu lembu fresh dan macam-macam jenis dessert termasuk lah aiskrim. 

Berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu. Rasa macam dekat je. 

Bermonopod!



 



 Agak lama kami di sini. Rasa tenang melihat kehijauan di sekeliling. Kat sini sempat jugak jumpa sekumpulan tourist yang confirm daripada utara semenanjung. Sempat menegur bila dimintak untuk menangkap gambar mereka. Orang berbudi kita berbahasa. Orang mintak tolong tangkap gambar depa, kita mintak tolong tangkap gambar kita plak. Win-win situation. Rupanya dari Perak.

Agak-agak rasa da puas bergambar, kitorang gerak pulak ke Kundasang War Memorial. Satu jalan je dengan Desa Dairy Farm. Entrance RM2 sahaja. Tutup pada pukul 5 petang. Sempat la kitorang round-round pusing area situ kejap before check in kat J.Residence. 

Pemandangan cantik kat Kundasang War Memorial
Selfie dulu sekeping!

Late check in kat J.Residence. Alhamdulillah semuanya smooth je. Cumanya ada benda lawak bilamana kami masuk je bilik, terjah toilet, tetiba je Hana stuck sbb lock stuck! Memang kena gelak beramai-ramai bila dengar member meraung "tolong laa wehh... weyyy tolong laaaa.." hahahaha.

Angkat beg, then trus unpacking. Tarik nafas kejap, trus kuar balik untuk dinner. Sejuk, sure la cepat lapar. Ada dua restaurant yang berdekatan dgn J.Residence nie. Kitorg terjah yang berhadapan dengan Taman Negara Kinabalu. Sedap dan murah. Esoknya pon kami bersarapan di sini, cuma mungkin standard price apabila sarapan lg mahal drpd dinner. 

Depan J.Residence. Signboard nie tepi jalan besar.

Pemandangan indah daripada bilik. Syiok! Time nie around 5.30 am. Sanggup ku gagahkan diri ini untuk set alarm awal demi pemandangan indah ini! Oh yeahhh! Cantik sangat!