Sunday, 22 June 2014

Nemo & Frens : Sabah Land Below The Wind [Day 3 - 22 Jun 2014]

Hari yang dinanti-nantikan! Hari nie kami plan nak pegi Snorkelling! Lama sangat tak rendam diri dalam air laut. Wohooo! Sanggup bangun awal walaupon penat semalam belom hilang. Kejutkan member-member, turun breakfast, trus start engine kereta menghala ke Jesselton Point. Kat sini la tempat jual tiket utk ke pulau-pulau yang kita nak. Kereta boleh parking kat area Jesselton Point. Tak la mahal pon. Banyak agen yang datang untuk promote kita dengan pakej-pakej dorg. Sila lah wat pilihan dgn tepat ye. Pakej yg kitorg dapat boleh dikatakan berbaloi la jugak. Sewa 1 bot private dgn harga RM200 untuk 2 pulau termasuk pakej sewa set snorkel dan life jacket utk 4 orang. Tambah pakej untuk Banana Boat, sorang RM30. Main la da alang-alang takleh main Parasailing (RM170 per couple). 

Sebelom ke pulau better tapau makanan siap-siap kat situ. Jimat! Nama pon percutian bajet. Kami beli ja Nasi Lemak 4 bungkus, untuk lunch. Nanti penat snorkelling, lapar!


Pulau pertama, Lets go to Manukan Island! 












Second Island! Mamutik Island!














Cantiknya view! Cantiknya air! Cantiknya laut! Jumpa Nemo woo dalam tuh! Best amek boat private sebab dia akan tunggu kita ikut time kita. Berempat je satu boat. Pukul 4 pakcik tuh da tunggu kami untuk dihantar balik ke darat! Memory!

Parking untuk seharian tuh kurang dari RM10. Affordable. 

Next Pitstop?

Jom kita cari makan! Tadi lunch nasi lemak ja. Now jom cari proper food.

Ada baca di blog-blog bila datang ke Kota Kinabalu, harus cuba Lokan Bakar dan Kelapa Bakar kat Tuaran. Waze je. Insya allah jumpa. Banyak kedai berderet sepanjang jalan yang juga sama jalan untuk ke Gayang Seafood. Lokan bakar mmg patut cuba! Wajib!






Lokan Bakar, 5 star! Cuma kelapa bakar tak berapa kena kat tekak. Pelik sikit rasa. 





Total makan semua RM145 untuk Sweet Sour Fish, Sayur, Butter Prawn, Sotong Goreng Tepung dan Ketam! Berbaloi-baloi! 

Balik hotel jom tengok Musical Fountain kat seberang bilik. Tak puas berjalan lagi, pukul 8 keluar lagi untuk ke Pasar Malam Filipina dan Pasar Malam Sinsuran. Beli Souvenir dan Brooch! Memang rambang mata. 



No comments:

Post a Comment