Friday, 20 June 2014

Nemo & Frens : Sabah Land Below The Wind [Day 1 - 20 Jun 2014]

Kringggggggggg.... Thanks to Ikhwan, kawan kepada cik Fizza, sbb sudi menumpangkan kami berempat sementara menunggu masa untuk boarding. Semangat punya pasal, terus memasing tak dapat nak tido nyenyak. Pukul 4 alarm da berbunyi, basuh muka, trus siap untuk ke klia2. Ye laa, takot terlepas boarding or berjalan jauh or ramai orang katanya. Alhamdulillah. 15 minit ja dari rumah Ikhwan ke klia2. Semua berjalan lancar, sempat jugak beli bekal (Takot lapar atas flite sbb 2 jam 40 minit jugak penerbangan daripada KL ke KK). 

Semua duduk terpisah kecuali Fizza dan Hana je yang dapat duduk sekali. Sanggup beli seat untuk duduk tepi tingkap demi pemandangan indah ke Sabah! Cuaca sangat baik, sunrise sangat cantik, semua smooth sampai rasa sayang nak tido! Urghhh!

2 jam 40 minit kemudian....

Safely landed di bumi SABAH

Selamat landing di Lapangan Terbang Kota Kinabalu Terminal Airasia! Yayyyy... Alhamdulillah. Tercapai juga hasrat nak jejak Tanah Borneo (Selain Sarawak). Terus amek pas lawatan kat Imigresen, call kereta sewa, nama dia En Nasha (013-472 1776) atau En Khairum (019-533 1519). Dapat harga tip top, RM320 untuk Saga FLX selama 4 hari 3 mlm. (Mungkin sebab bukan trip pada cuti sekolah). Tapi sangat murah dan sangat sesuai dengan destinasi bajet kami pada kali ini. 

Kereta sudah sampai, mari kita teruskan perjalanan ke Kundasang! Tapi mengenangkan perut lapar, mari kita makan dulu. Nama pon first time jejak ke tempat orang, semua decide nak makan KFC je. Tapi unik sikit KFC kat sini. Sebab Cashiernya dan pekerjanya adalah OKU (bisu) dan benda baru kami kena belajar untuk order ayam! Pengalaman la katakan.

Makan sudah, so mari kita teruskan perjalanan. Kat sini, masa berlalu terlalu cepat. Pukul 10, tapi da rasa macam pukul 12 tengah hari. Sangat terik. Dari KK nak ke Kundasang mengambil masa lebih kurang 2 jam lebih. Masuk je area Tamparuli, semua menjerit bila nampak kelibat Gunung Kinabalu. Tak dapat bayangkan daripada sejauh-jauh kelibat Gunung Kinabalu, kitorang akan drive sampai la ke kaki Gunung Kinabalu sebab J.Residence berada 300 meter daripada Gunung Kinabalu. Journey sangat!! Thanks to Waze!

Destinasi pertama kami adalah Pekan Nabalu. Barang-barang kat sini murah, souvenir pon murah, kudapan pon murah. Sempat la jugak borong siap-siap Fridge Magnet dan T-Shirt sebelum duit habis! Destinasi bajet harus lah dibajet dengan sebajet-bajetnya! 

Penanda aras untuk Pekan Nabalu
 

Meneruskan perjalanan lagi ke Kundasang. Gunung Kinabalu memang tak lepas dari pandangan kami. Kejap kat depan, kejap kat belakang, kejap kat kiri/kanan. Ye laa nama pon jalan bengkang-bengkok, lagi bersemangat kami nak mendekatinya. Subhanallah. 

Tinggi-tinggi Gunung Kinabalu.. Tinggi lagi sayang sama kamuuu...
 NEXT PITSTOP! Desa Dairy Farm!

Info dari blogwalking mengatakan operasi memerah susu lembu ala-ala New Zealand di Desa Dairy Farm, Mesilou start pukul 3 petang. Walau sedikit tersasar sebab Waze wat hal, tapi alhamdulillah sempat jugak la kami mengejar masa sebelum 3 petang. Tinggi sangat lokasi nya. Tapi menarik. Angin sepoi-sepoi bahasa, walau panas, tapi tak terasa bahangnya. Best sangat. Langit pon biru. Cantik untuk photoshoot okay! Entrance murah je, RM3 sekepala. 

Gunung Kinabalu yang megah dan sasa. View dari Desa Dairy Farm. 

Nampak tak lembu-lembu tengah bersusun nak diberi makan sambil diperah susunya. Macam lembu iklan susu kan? Berbintik-bintik putih-itam badan. 
Model lembu sekalian. Kat sini ada jual susu lembu fresh dan macam-macam jenis dessert termasuk lah aiskrim. 

Berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu. Rasa macam dekat je. 

Bermonopod!



 



 Agak lama kami di sini. Rasa tenang melihat kehijauan di sekeliling. Kat sini sempat jugak jumpa sekumpulan tourist yang confirm daripada utara semenanjung. Sempat menegur bila dimintak untuk menangkap gambar mereka. Orang berbudi kita berbahasa. Orang mintak tolong tangkap gambar depa, kita mintak tolong tangkap gambar kita plak. Win-win situation. Rupanya dari Perak.

Agak-agak rasa da puas bergambar, kitorang gerak pulak ke Kundasang War Memorial. Satu jalan je dengan Desa Dairy Farm. Entrance RM2 sahaja. Tutup pada pukul 5 petang. Sempat la kitorang round-round pusing area situ kejap before check in kat J.Residence. 

Pemandangan cantik kat Kundasang War Memorial
Selfie dulu sekeping!

Late check in kat J.Residence. Alhamdulillah semuanya smooth je. Cumanya ada benda lawak bilamana kami masuk je bilik, terjah toilet, tetiba je Hana stuck sbb lock stuck! Memang kena gelak beramai-ramai bila dengar member meraung "tolong laa wehh... weyyy tolong laaaa.." hahahaha.

Angkat beg, then trus unpacking. Tarik nafas kejap, trus kuar balik untuk dinner. Sejuk, sure la cepat lapar. Ada dua restaurant yang berdekatan dgn J.Residence nie. Kitorg terjah yang berhadapan dengan Taman Negara Kinabalu. Sedap dan murah. Esoknya pon kami bersarapan di sini, cuma mungkin standard price apabila sarapan lg mahal drpd dinner. 

Depan J.Residence. Signboard nie tepi jalan besar.

Pemandangan indah daripada bilik. Syiok! Time nie around 5.30 am. Sanggup ku gagahkan diri ini untuk set alarm awal demi pemandangan indah ini! Oh yeahhh! Cantik sangat!


No comments:

Post a Comment