Saturday, 21 June 2014

Nemo & Frens : Sabah Land Below The Wind [Day 2 - 21 Jun 2014]

Wake up Wake up!!

Set jam 4.45am. Semangat! Demi sunrise di Sabah. Nature-lover katanya. :)

Jangan lupa kat sini lebih kurang beza 2 jam dari masa di semenanjung. Memang segar dan sejuk sangat! Wake up frens, jom kita p tengok Gunung Kinabalu! Mandi belakang cerita nooo...!!

Jangan tak percaya. Gambar ini ditangkap pada pukul 6.30am. Memang cerah macam pukul 9 kat semenanjung! Culture shock sangat! 


All 4 of us. Hana, Fizza, Melin & Nemo!

"Take Nothing but Photograph.. Leave Nothing but Footprint"


 

Untuk masuk ke Kinabalu Park nie murah ja. RM3 sorang bayar kat entrance. Gambar kat atas nie kami tangkap masa on da way nak naik ke Timpohan Gate. 


Ikutkan hati memang rasa tak puas nak tengok ja rasa Gunung Kinabalu tuh sampai terbeliak bijik mata. Tapi apakan daya, masih jauh perjalanan. Sempat jugak jejak ke Timpohan Gate. Ye la, time memula sampai ke sini memang takda orang pon lagi. Cuma kami berempat semangat jejak kaki kat Kinabalu Park nie awal-awal pagi. Nak tangkap gambar pon senang. Siap boleh berkereta lagi nak ke Timpohan Gate yang anggaran dalam 3km jugak daripada entrance. Timpohan Gate nie la tempat starter point untuk pendaki-pendaki ke Gunung nun sayup di atas sana. Ada jugak kami terpandang mereka-mereka yang gagah perkasa menggalas tong gas untuk dibawa naik ke atas. Sumpah tough! 


Singgah breakfast kat Panataran Restaurant. Depan ja dengan Kinabalu Park dan 300 metre daripada J.Residence. Semalam pon lepak sini dinner, arini breakfast pulak. Gambar kat atas nie namanya Sandwich Panataran. Sepcial. 8 keping roti diapit, 2 set diapit telur dan 2 set lagi diapit cheese, ditaburi pulak cococrunch. Sejuk-sejuk nie best minum Kopi kaw-kaw punya!

Tangkap gambar kenangan depan Room 5B, J.Residence. Cantik sangat view sini. 

Kemas-kemas, jom check out dari sini. Jauh lagi perjalanan kita. Gudbye J.Residence. Kecerunanmu menakutkanku tetapi akan ku rinduimu. Ceewah! Gila tak scary tengok tahap kecerunan 60 degree. Hahaha, sewa lah Saga. Memang tip top!

Semalam tak sempat singgah Kinabalu Pine Resort. Demi hajat, mari kita singgah walau tak menginap kat sini! View sini cantik. Patut datang okay!

 


Sekali lagi terpana dengan Gunung Kinabalu. Sampaikan taknak gerak. Jom teruskan perjalanan wahai kawan-kawan!


Singgah dulu sini. Beli strawberry, raspberry, kuih Amplang pelbagai perisa, jeruk-jeruk, even madu fresh pon ada dijual sini. Meriah sini tapi kebanyakannya jual benda yang sama. Cuma kena pandai tawar menawar. 

Next Pitstop adalah Rumah Terbalik dekat Tamparuli. 

Sini entrance kena bayar RM10 seorang. Kena tunggu turn group-by-group. Nanti akan ada petugas sana bagi penerangan dan sejarah pasal Rumah Terbalik nie. Takjub la jugak. Kat sini rule paling besar adalah, anda tidak dibenarkan menangkap gambar di dalam RUMAH TERBALIK. Kat luar, boleh. If tertangkap, akan dikenakan denda RM100 untuk sekeping gambar! Oh tidak! Bek aku makan kat Mango Restaurant japg amount tuh. Tapi kat area luar boleh je tangkap gambar. Rule tuh bermula saat pintu rumah dibuka. Ia exclusive sebab ini tapak persendirian dan pertama di Asia! Tahniah!



Kat luar daripada tour Rumah Terbalik da boleh tangkap gambar. Ini gambar berempat bersama toilet terbalik. Kesian. Sob Sob Sob.


Inilah dia Rumah Terbalik, Tamparuli! Cantik kan? Aircond pon terbalik dalam nie. Siap ada mesin jahit yang katanya 35 kg! Sama berat dengan Hana. Hahahaha! Cumanya orang yang masuk ke dalam tuh je tak terbalik. Syukur. Lagi satu keunikannya adalah, petugas sini semuanya berpakaian batik especially perempuan. Pakai kain batik weh! Kagum!


Taraaa.. Selfie kereta terbalik. Plate Johor okay! Jauh terbang dari Johor ke Sabah!

Sempat makan di Mango Garden Restaurant. Agak famous di kalangan blogger. Terbang jugak la RM60++ untuk harga 4 orang. Not bad rasa nya. Lapar. Meneruskan perjalanan ke Kudat, melalui simpang Tuaran. Agak lama dan bosan perjalanan ke sini. Thanks to Waze. Semuanya demi Tips of Borneo, Tanjung Simpang Mengayau. 


Kat Sabah memang susah nak jumpa Masjid. Harap maklum ye. Mostly memang Gereja. Nampak signboard ke Tg Simpang Mengayau? Time nie daa nak gelap. Teruskan perjalanan. Jalan berbukit jugak dan kurang elok. Berhati-hati ye. 


3 jam perjalanan, sampai jua. Tapi sedih sebab time nie ada Sunset Music Festival. Seluruh kawasan ditutup. Makanya nie je gambar berjaya ditangkap. Datang jauh-jauh tetapi tak dapat masuk. Keciwa. Insya allah if ada kesmepatan kita repeat lagi nanti. Tips of Borneo nie pertemuan antara Laut Sulu dan Laut China Selatan. Ombak agak tinggi. 

Bila da keciwa, patah balik je la. Tapi sayangnya Waze wat hal. Kami pon cuma follow kereta depan. Asal nampak je signboard Kota Kinabalu, selamat lah. Cumanya seram sebab takda lampu jalan. Almost tersasar ke tepi jalan sebab jalan tak bertar. Terdetik juga dalam hati, syukur aku duduk semenanjung. Otw tuh boleh plak jumpa kereta terbalik dalam longkang, campur pulak tiang electric terbakar. Kesiannya. 

Berhenti dekat Kota Belud untuk isi minyak dan beli KFC. Fast food sahaja mampu dicari pada pukul 9 pm macam nie. Meneruskan perjalanan lagi sehingga ke Casuarina Hotel, Tanjung Aru. Check in pukul 11 pm. Family room dengan harga RM212 semalam termasuk breakfast. Kami kat sini untuk 2 malam. Masuk je bilik, besar! 2 katil single dengan 1 katil queen. Booking direct dengan hotel, bayar cash bila sampai. Very strategic sebab dekat dengan airport. Kapal terbang lalu lalang dari tingkap. Berhadapan jugak dengan Perdana Park. Katanya ada musical fountain malam-malam. Tapi malam nie da terlepas since sampai hotel pon pukul 11 pm. Esok je la ye! 

Dinner KFC yang da sejuk (lapar, semua bedal, ada peduli da sejuk ke tak??), mandi, rehat, tido! Esok meneruskan perjalanan untuk Island Hopping! Cant wait!



No comments:

Post a Comment